Thursday 14 February 2019

Roti Sardin Telur

Haritu dalam group resipi aku ada tertengok satu resipi yang buatkan aku terliur nak cuba.

Harini baru berkesempatan mencubanya. Resipi yang aku namanya Roti Sardin Telur.

Kalau korang nak cuba, bolehlah cuba ikut resipi ini.

Bahan-bahan :

Sardin sepeket. (Aku guna Sardin Ikhwan, produk Muslim)
Roti sebuku
Telur 2 biji
Secubit garam
Lada hijau dan merah
Sebiji bawang besar
Lada sulah.
* Boleh tambah bahan lain seperti sayuran hijau jika mahu.

Caranya :

1. Hancurkan sardin. Aku masak dulu sardin atas dapur.

2. Potong lada dan bawang secara dadu.

3. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sardin yang telah dimasak tadi dalam mangkuk telur.

Aku letak dalam 2 senduk kecil sardin. Lebih simpan untuk sarapan esok pagi.

4. Masukkan lada dan bawang yang telah dipotong tadi. Secubit garam dan lada sulah.

5. Kocak telur tersebut hingga sardinnya sebati bersama semua bahan.

6. Potong roti pada dua bahagian.

7. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.

8. Celup roti dalam telur sardin tadi. Rendamkan ia. Terbalikkan depan belakang rotinya.

9. Kemudian goreng roti tersebut.

10. Bila kekuningan angkat dan hidang atas pinggan.

Selesai masak dan kemas semua barang di dapur, bolehlah makan dengan sedap sekali bersama orang yang kita sayang.

Dan akhirnya, alhamdulillah kenyang dengan 2 keping roti sardin telur.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete