Tuesday 2 July 2019

Aplikasi Setel

Awal pagi biasanya kenderaan bersesak nak isi minyak, saling beratur menunggu giliran di pam minyak.

Tapi sampai je giliran kami, si dia matikan enjin dan terus angkat nozel pam dan buat pengisian.

Terserlah kemachoannya di situ mengisi minyak tatkala orang lain masih beratur di kaunter pembayaran.

Hanya gunakan app dan Setel. Hanya untuk pengisian minyak di Petronas.

Korang nak juga nampak macho dan cantik menawan boleh klik link referal ni untuk daftar aplikasi Setel.

Setel & get RM5 worth of petrol bonus in Klang Valley.

Pay for petrol from your car at any PETRONAS station in Klang Valley. Just Setel RM30 and enjoy RM5 petrol bonus using my referral code: gfca. Get it now!

https://www.setel.my/ref/gfca

Monday 1 July 2019

Lontong Goreng

Nasi impit banyak lebih, tapi dah jemu nak makan dengan rendang atau kuah kacang. Apa kata cuba buat Lontong Goreng. Makanan kegemaran orang Johor juga ni.

Jom cuba mudah ya amat.

Bahan-bahan :

1. Nasi impit. Potong kecil
2. Bawang besar seulas
3. Bawang putih 2 ulas
4. Ikan bilis
5. Udang kering
6. Lada merah, lada hijau (ikut berapa banyak nak letak. Hiris halus)
7. Lada kering 5-10 batang
8. Carrot
9. Tauge
10. Telur sebiji
11. Kiub ikan bilis /kiub ayam
12. Isi ayam

Cara-cara :

1. Blender / tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.  Tumis bersama lada kering hingga agak garing
2. Masukkan isi ayam dan telur
3. Masukkan nasi impit. Kacau hingga rata
4. Masukkan sayuran.
5. Letak perasa garam, sos tiram, kicap.
6. Kacau hingga sebati

Bila dah masak boleh angkat dan hidang. Siap sarapan harini. Mudah sangat kan.

Saturday 29 June 2019

Raikan kebahagiaan



Petang semalam aku dan suami ke sekolah anak-anak nak ambil report card.
Sambil tunggu giliran, suami tengok keliling.
"Kita je yang datang berdua. Orang lain datang seorang. Budak tu pulak mak ayah langsung tak boleh datang. Kakak dia yang datang."
Aku luah pada suami, kalau dulu pergi sekolah ambil report card anak pun pergi sendiri. Tak pernah dihantar apatah lagi pergi bersama.
Suami senyum dan komen sekarang tak perlu sendiri lagi.
Sampai taska, "Saya tengok setiap kereta yang hantar anak semuanya mak-mak yang hantar. Atau ayah-ayah. Seorang diri juga."
Jadi konsepnya bersyukurlah bila kita boleh bersama ke mana sahaja.
Tuhan dah uji kita pernah sendiri. Bila kita tenang dan tabah Tuhan tahu kita boleh terimanya dengan reda.
Harini Tuhan beri kita kegembiraan dan peluang untuk sentiasa bersama. Raikan dengan penuh kasih sayang.
Kami sebar aura kasih sayang ini. Semoga yang melihatnya juga akan turut bahagia. Dan moga kalian juga akan dapat kebahagiaan itu.
#aizmenulis

Friday 28 June 2019

Rendang Ayam

Bila fikir menu potluck mesti nak tempah je dengan orang. Syukur kali ni berjaya masak sendiri. Rendang ayam, 2 ekor.  Pertama kali masak banyak.

Rendang ayam ni aku buat stail mak aku masak. Ayamnya tak digoreng.

Nak cuba resipi jom follow cara di bawah.

Bahan-bahan :

1. 2 ekor ayam cuci bersih dan potong kecil
2. Bawang besar 3 biji
3. Bawang putih 4 biji
4. Seinci halia
5. Seinci lengkuas
6. Seinci kunyit
7. 2 batang serai potong halus. Sebatang dititik
8. Beberapa batang lada kering
9. Beberapa biji cili merah dan hijau

10. Daun limau purut 2 helai
11. Daun kunyit 2 helai
12. Serbuk perasa
13. Gula melaka (potong halus beberapa ketul)
14. Asam keping 2
15. Sebungkus kerisik
16. Sebiji santan

* Bahan 1-9 diblender.*

Cara - cara masak :

1. Tumis bahan blender dan serai yang diketuk. Tumis hingga lada agak masak

2. Masukkan ayam. Biarkan hingga betul-betul masak. Kacau sesekali

3. Bila ayam sudah agak masak, masukkan santan dan kerisik. Kacau lagi

4. Masukkan gula melaka. Asam keping, daun limau purut.

5. Masukkan bahan perasan garam. Kacau hingga benar-benar masak.

6. Potong halus daun kunyit sebagai hiasan dalam rendang.

Tadaaa..dah siap untuk dihidang

Thursday 27 June 2019

Isteri Mesti Teman Suami Makan

"Yang, dah siap makan ke?"

"Dah. Tadi sayang kat dapur. Saya ambil sendiri."

"Laa kenapa tak bagitau nak makan. Merajuk la macam ni."

"Dah jom saya teman makan. Jangan merajuk."

Yang sebenarnya aku bukan merajuk sangat pun, sebab dia terlupa bagitau nak makan je.

Lepas je peristiwa tu, aku terus bagitau suami jangan makan seorang diri. Kena makan sama-sama.

Aku kongsi dengan suami artikel yang pernah aku baca sebelum ni. Aku lupa dari sumber mana, point penting je yang memang aku semat dan ingat.

Isteri jangan sesekali biarkan suami makan sendiri. Perlu layan dan duduk makan bersama.

Kalau tak nak makan, duduk bersembang pun tak pe. Yang penting duduk sekali masa suami makan.

Bukannya lepas hidang makanan untuk suami, kita sibuk mengemas dan membasuh pinggan mangkuk di dapur. Tapi suami makan seorang.

Suami yang makan dengan isteri dan makan seorang diri feelnya lain tau.

Sebab itulah suami suka makan di luar, tak suka makan isteri masak, suka mengeteh. Salah satu faktornya sebab isteri jarang dan tak pernah teman suami makan. Lebih baik mereka makan di luar bersama kawan-kawan kan.

Syaitan melompat-lompat suka bila tengok suami makan seorang. Mulalah syaitan ni jadi peneman hasut macam-macam dalam hati dalam fikiran suami.

Jom isteri-isteri mithali kita jadi peneman suami setiap kali mereka makan. Ini juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan mesra suami isteri.

#aizmenulis
#tipbahagiasuamiisteri

Asid Folik Untuk Suami

"Sayang, asid folik ni suami pun boleh makan rupanya. Tengok artikel ni." 

Masa aku keguguran beberapa bulan lepas, Si Dia tekun mencari macam-macam info dan tip hinggalah menemukan dia pada artikel yang menyatakan suami juga boleh amalkan pengambilan asid folik. Kalau ikutkan, aku pun baru tahu sebenarnya. 

Selama ni aku hanya tahu wanita yang merancang untuk hamil sahaja digalakkan ambil asid folik sebagai makanan tambahan. Untuk kematangan telur ovum, pembentukan palcenta dan membina sel-sel baru. Kalau isteri kurang asid folik akan jejaskan bayi dalam kandungan. 

Rupanya sesuai juga untuk suami. Untuk membantu memperbanyakkan kuantiti sperma dan meningkatkan kualiti sperma. 

Suami yang amalkan asid folik dapat meningkatkan jumlah sperma dan menurunkan jumlah sperma yang tak berkualiti. Dan rupanya barulah aku tahu asid folik juga membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki, dan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki.  Ini berdasarkan artikel yang aku baca dalam satu kajian di Nijmegen, Belanda pada Mac 2002

Lepas je baca artikel tu suami aku mula amalkan makan asid folik. Jom suami isteri yang sedang merancang untuk hamil, boleh amalkan makan bersama. Nak sweet, suami ambilkan vitamin untuk isteri dan suap ke mulut isteri. Atau sebaliknya. Kan seronok tu. 

Monday 24 June 2019

Feeling Positif

Pernah tak jadi bila kita fikir anak sakit, esok lusa anak pun jatuh sakit.

Bila kereta buat hal, kita bising-bising merungut kereta rosak, esok lusa kereta merajuk rosak tengah jalan.

Bila asyik sebut tak de duit, betul kita memang tak cukup je duitnya.

Mindset kita, apa yang kita fikir dan bayang itulah gambaran yang kita mahu untuk hidup kita.

Tepat sekali "Allah menurut sangkaan hambaNya."

Kita ni sibuk dan banyak fikir yang tak baik, tak elok maka jadilah yang tak elok juga. Begitulah sebaliknya.

Feeling-feeling positif. Fikir yang baik-baik. Jangan serabutkan minda, otak dan fikiran kita dengan sesuatu yang tak elok. Kita juga yang akan stress.

Jom feel aura positif. Aura yang best-best.

#aizmenulis