Saturday 13 July 2019

Roti Jala Cicah Kari Ala Mamak

Baru belajar nak buat roti jala. Ingatkan ada warna kuning rupanya belum beli. Tak pe kita guna je warna hijau.
Kari pula buat pekat-pekat tak letak santan.
Suami bagi nama "Roti Pukat Tunda Tarik Tepi cicah kari ala mamak."
Cara-cara buat roti jala
1. Tepung 2 cawan
2. Telur sebiji
3. Air
4. Garam secubit
Blender semua bahan. Dan letak dalam bekas. Kemudian tuang dalam bekas botol untuk mudah menjala atas kuali.
Cara jala :
1. Panaskan kuali leper (kuali burger). Sapu minyak dan guna botol yang dah masuk bancuhan tepung tadi buat bentuk jala atas kuali.
2. Bila dah masak. Lipat segitiga dan letak dalam pinggan
Ulang buat sampai bancuhan tepung habis.
Cara masak Kari Ala Mamak :
1. 2 biji bawang besar
2. 3 biji bawang putih
3. Lada kering beberapa biji
4. Seinci halia
5.  Air asam jawa
6. Asam keping sekeping
7. Isi ayam
8. Telur rebus. Aku campur juga dengan telur
9. Serbuk kari. Aku guna jenama Faiza
Cara-caranya :
1. Blender bawang besar, bawang putih, halia dan lada kering.
2. Tumis hingga agak garing
3. Masukkan serbuk kari.
4. Masukkan isi ayam
5. Biarkan hingga agak masak
6. Masukkan air asam jawa. Asam keping dan serbuk perasa garam.
7. Kacau dan biar mendidih.


Yang kuning ni aku buat kali kedua. Bawa ke office


Nilah rupanya roti jala pertama kali buat. Ma aku kata macam lempeng sudahh

Nampak rupa macam tak berapa cantikkan.
Tapi roti jala 20 keping bersama seperiuk kecil kari habis dimakan sarapan tadi.

kuewtiew Kungfu Sambal Kicap

Menu kami semalam aku namakan "kuewtiew kungfu sambal kicap."
Mudah dan simple macam kuewtiew kungfu biasa, cumanya kami makan dengan sambal kicap dan kuahnya bila hidang aku letak penuh mangkuk.
Maklumlah masak sendirikan. Puas hati makan.








Bahannya :
1. Sayuran - kobis bunga, kubis, tomato, cendawan
2. Lada merah, lada hijau, cili api. Potong halus
3. Sotong
4. Fishcake
6. Telur
7. Kuew tiew sebungkus
8. Bawang putih 3 ulas
9. Kiub pati ayam
10. Telung jagung satu sudu
.
Cara buat kuewtiew :
1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan letak sedikit lada sulah.
2. Letak kuewtiew dalam mangkuk dan tuang telur yang dipecahkan tadi. Gaul rata
3. Goreng kuewtiew dalam minyak. Bila sudah masak angkat dan letak dalam mangkuk.
.
Cara buat kuah
1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk
2. Masukkan kuib pati ayam. Gaul hingga kekuningan
3. Masukkan sotong. Biarkan dia masak dalam beberapa minit.
4. Masukkan air. Biarkan mendidih
5. Masukkan sayuran. Gaul lagi.
6. Masukkan serbuk perasa garam, lada sulah.
7. Masukkan bancuhan tepung jagung.
8. Kacau hingga mendidih dan masak.
Tuangkan kuah dalam mangkuk kuewtiew tadi. Dan boleh dimakan
Nak pedas punya pasal, kami makan dengan sambal kicap. Maka jadilah resipi versi sendiri.

Cekodok Labu

Morning gaiss. Pagi ni korang sarapan apa? Aku buat cekodok labu. Pertama kali cuba buat. Sedap pula rasanya. Hehe.
Nak cuba juga, meh follow resipi di bawah




Bahan-bahan :
1. Labu. Potong kecil untuk direbus
2. 2 cawan tepung gandum
3. Gula
4. Garam
5. Baking powder
Cara-caranya :
1. Rebus labu hingga lembut. Bila dah masak, toskan
2. Masukkan dalam mangkuk, lenyekkan labu. Buat macam korang lenyek pisang nak buat jemput-jemput.
3. Letak beberapa sudu gula, secubit garam dan secubit baking powder. Kalau tak nak manis, gula jangan letak banyak.
4. Gaul rata semua bahan. Masukkan tepung. Gaul hingga sebati.
5. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila dah agak kekuningan.
Yeah, siap boleh makan.

Wednesday 10 July 2019

Selamat Jalan Neo

Setelah hampir 10 tahun bersama, akhirnya kita berpisah jua.

Banyak jasa kau ke sana ke mari bersama. Banyak juga memori pahit, manis kau lalui. Kalaulah kau boleh berkata-kata dan menyimpan memori sedih pasti kau menangis juga.

Kau tak pernah dilanggar. Tapi banyak kali dipukul, disepak, dan dihentak.  Meninggalkan kesan hingga kini aku tak baiki. Maafkan aku.

Walaupun berjasa, tapi ma abah aku seperti tidak membenarkan aku menyimpan kau. Seumpama menyimpan memori lama.

Jadi kelmarin, aku dengan rela hati melepaskan kau pada pemilik baru.

Selamat jalan Neo. Terima kasih untuk jasa dan kenangan bersama. Aku yakin kau pasti berwajah baru lebih cantik dan elok selepas ini.

Berbaik-baiklah dengan tuan barumu kelak.

Friday 5 July 2019

Zikir Asmaul Husna Untuk Suami Isteri

Dalam membina keluarga bahagia, sakinnah dan mawaddah selain persefahaman antara suami isteri zikir dan doa juga perlu diamalkan.

Zikir Asmaul Husna untuk suami isteri.  paling mudah untuk kita amalkan. Boleh diamalkan untuk yang baru berkahwin atau yang sudah lama melayari alam perkahwinan.

Amalkan Zikir 40 kali atau Sebanyaknya

Ya Rahman (Maha Pemurah lagi Pengasih)

Ya Rahim  (Maha Penyayang)

Ya Wadud (Maha Pencinta)

Ya Malik  (Maha Memiliki)

Sambil Lafaz Doa Bicarahati

"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, Limpahkan lah Kasih Sayang-Mu ke dalam Rumahtangga kami. Alirkan Rasa Cinta antara aku dan suamiku/isteriku agar Tenang dan Bahagia demi meraih Cinta-Mu."

"Allah Ya Malik, Sesungguhnya Suamiku/isteriku/anak-anakku adalah Milik-Mu. Bila-bila masa Engkau boleh mengambil mereka Kembali.

Ku Bermohon, Satukanlah Hati-hati kami di rumah ini dengan kasih sayangMu. Letakkanlah Hanya Cinta-Mu di Hati kami kerana Cinta-Mu itulah yang Paling Agung, Kekal, Tulus lagi Suci dan Meletakkan Cinta Dunia, Cinta Makhluk hanya di tangan kami kerana Cinta Dunia/Makhluk ini Lemah, Tidak kekal dan akan Hilang.

Perkenankanlah Doaku Allah Ya Sami' yang Maha Mendengar, Ya Mujib yang Maha Memakbulkan Doa. Ameen ya Rabbal'alamin."

Jom kita mula jadikan amalan harian. Jangan lupa kongsikan dengan pasangan anda.

Wednesday 3 July 2019

Zikir Asmaul Husna Bagi Yang Belum Ada Jodoh

Dari pagi tadi hati aku gembira bila melihat seorang rakan mula temui sinar kebahagiaannya.

Seronok sangat rasa. Dan sesungguhnya Rahsia jodoh itu milik Allah. Bila tiba masa Allah nak bagi, sekejap sahaja Dia akan tunaikan.

Dalam kita berusaha kita juga berserah pada Allah.

Antara doa dan zikir yang aku pernah amalkan suatu ketika dulu ialah zikir Asmaul Husna.

💐 *Bagi Yang Belum Ada Calon :*

Amalkan Zikir ini 40x atau Boleh sepanjang masa (ketika sedang buat kerja atau bila-bila sahaja sepanjang hari itu boleh amalkan Zikir ini dengan Lafazkan Zikir Di BIBIR mahupun di HATI) 😍

Ya Rahman (Yang Maha Pemurah lagi Pengasih)

Ya Rahim (Yang Maha Penyayang)

Ya Jami' (Maha Mempertautkan)

Ya Zohir (Maha Memperlihatkan)

Sambil Lafaz Doa Bicara Hati :

"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Limpahkan Lah Kasih SayangMu padaku, Letakkanlah Sentiasa Hanya CintaMu di dalam Hatiku agar sentiasa aku MengingatiMu kerana Sesungguhnya Cinta Manusia itu Lemah tidak Sempurna dan Tidak Kekal, hanya CintaMu itu Yang Kekal, Tulus, Suci lagi Abadi ❤ .

Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Ya Baari' sebaik-baik Perancang dan Pengatur. Engkau lebih Tahu apa yang Terbaik buatku, Setiap SusunanMu itu Sangat Cantik dan Sempurna. Hadirkanlah Jodoh yang Baik Untukku agar Si Dia menjadi Alat-Mu dalam Mencapai Redho-Mu menuju Ke Syurga-Mu.

(Masukkan ciri-ciri suami yang kita mahukan)

Pada-Mu Ke Merayu dan Merintih, Engkau Zohirkanlah (Perlihatkan) Jodohku. Engkau Temukanlah kami Ya Wajid (Yang Maha Menemukan) dan Tautkanlah kami Ya Jami' (Yang Maha Mempertautkan Silaturrahim)  mengikut Cara-Mu.

Pada-Mu ku Berserah Ya Baari'  ❤ Ameen Allah Ya Sami' (Yang Maha Mendengar) , Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan) 💝

Sebulan lepas aku amal zikir ini aku bertemu dengan suami sekarang.

Kemudian aku tukar zikir Asmaul Husna yang lain pula. Zikir nama Allah yang mana Dia telah menzahirkan jodoh kita.

Ada yang nak tahu? Nanti aku kongsikan zikirnya.

Rezeki Membahagiakan Orang

Rezeki kita datang apabila kita membahagiakan orang lain.

Gembira bila lihat orang lain bahagia.

Suka dan tenang membantu memudahkan urusan orang lain.

Sifir mudahnya, bila kita gembira dan bahagiakan orang, mereka akan mendoakan kita.

Nak rezeki mencurah-curah ayuh kita gembira dan bahagiakan orang lain.

#aizmenulis