Setelah hampir 10 tahun bersama, akhirnya kita berpisah jua.
Banyak jasa kau ke sana ke mari bersama. Banyak juga memori pahit, manis kau lalui. Kalaulah kau boleh berkata-kata dan menyimpan memori sedih pasti kau menangis juga.
Kau tak pernah dilanggar. Tapi banyak kali dipukul, disepak, dan dihentak. Meninggalkan kesan hingga kini aku tak baiki. Maafkan aku.
Walaupun berjasa, tapi ma abah aku seperti tidak membenarkan aku menyimpan kau. Seumpama menyimpan memori lama.
Jadi kelmarin, aku dengan rela hati melepaskan kau pada pemilik baru.
Selamat jalan Neo. Terima kasih untuk jasa dan kenangan bersama. Aku yakin kau pasti berwajah baru lebih cantik dan elok selepas ini.
Berbaik-baiklah dengan tuan barumu kelak.
No comments:
Post a Comment