Friday 30 August 2019

Impian dan Hajat

Kawan,

Kita semua pasti ada hajat atau impian yang belum tertunai. Adakala kita mudah putus asa, penat berusaha. Hingga buntu seperti tiada arah mahu tuju.

Usah begitu. Mohonlah sebanyaknya dengan Allah kerana Dia lebih tahu bila masa yang tepat dan terbaik mahu kita capai hajat dan impian itu.

Perkongsian dari PU Amin, amalan para ulama yang beliau kongsi ini kita boleh praktikkan.

"Jika kamu punya hajat besar dalam hidup, maka hendaklah kamu baca surah AL FATIHAH sebanyak 41 kali selepas maghrib.

Jangan bergerak dari tempat duduk. Baca hingga selesai. Kemudian teruskan berdoa hajat kamu. Pasti Allah kabulkan." (Syeikh Mahyuddin Al Arabi).


.
Semoga ia membantu kawan-kawan yang punya hajat besar. Didoakan semoga hajat dan impian kalian tercapai dengan mudah. Insya Allah.

.

Like dan #SHARE jika korang rasa bermanfaat. Jom follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria jika korang tak nak terlepas posting-posting menarik dari saya.

#aizmenulis

Thursday 29 August 2019

Mesin Basuh Tercabut Pulsator

Beberapa minggu dah mesin basuh aku buat hal. Tapak dalam mesin tu tercabut bila setiap kali membasuh baju. 

Mula-mula tak berapa kerap sangat. Tapi bila hampir setiap hari membasuh, maka tapak tu kerap tercabut.

Bila tercabut, maka baju yang dah dibasuh meninggalkan sedikit sebanyak kesan kotor kerana terkena permukaan belakang tapak tu.

Untuk atasi masalah ni, aku tanya En.Google jalan penyelesaian. Dan akhirnya dapatlah membantu selesaikan masalah aku.

Mula-mula aku cari nama sebenar tapak tersebut. Aku google "Nama tapak dalam  mesin basuh"

Nak cari info di google senang je, kita taip je apa kita nak. Dan tip ni penting untuk korang yang menulis blog. Kata kunci carian di google membantu orang jumpa blog korang.

Tapak tersebut dikenali dengan nama "PULSATOR"

Bila dah tahu namanya, aku cari pula "cara untuk mengatasi masalah pulsator mesin basuh tercabut."

Beberapa blog dan video di you tube membantu menyelesaikan masalah aku.

Rupanya tapak pulsator tersebut kita boleh beli dan tukar sendiri. Cara untuk tukar aku tengok di youtube.

Macam mana nak tukar?

Kenalah beli tapak pulsator yang baru dulu. Jangan main beli je. Tengok apa jenama mesin basuh korang barulah beli pulsator yang sama dengan jenamanya.

Hampir kesemua perkongsian menyatakan pulsator tu boleh beli di Shopee. Kita hanya perlu buat carian pulsator dengan jenama mesin basuh kita.

Langkah seterusnya, aku buka Aplikaso Shopee dan buat carian "Pulsator Mesin Toshiba AW8972s".

Aku temui satu kedai elektrik yang menjualnya dengan harga RM58.

Nak lebih puas hati, boleh je chat dengan pemilik Shopee untuk tanya apa-apa yang berkaitan.

Selepas lihat semua spefikasi yang diberikan, lihat pada blog dan video cara pemasangan yang mudah untuk suami aku tukar, aku terus buat belian.

Selepas dua hari...

Sampailah Pulsator tersebut.

Untuk tukar yang baru, suami aku yang uruskan. Aku hanya tunjuk video youtube yang aku dah save, suami aku terus je follow caranya.

• Mula-mula pastikan plug mesin basuh ditutup

• Guna spanner /screw driver untuk buka screw yang ada pada tapak dalam mesin basuh tu.

• Cabut pulsator yang lama

• Pasang pulsator yang baru. Guna spanner/screw driver untuk perkemaskan screwnya.

Korang follow macam dalam video kat komen tu.

Dah selesai, boleh cuba basuh baju. Alhamdulillah selesai masalah aku. Tak perlu pening-pening fikir "aaah sudah kena ganti mesin basuh baru..."

.
Sangat memudahkan jika apa sahaja yang beri kebaikan kita tulis dan kongsi di blog.

Kalaulah tak ada langsung orang yang berkongsi ilmu mudah ni, mungkin akan merumitkan lagi keadaan untuk cari jalan penyelesaian.

.
#aizmenulis
Sebarkan Kebaikan & Kasih Sayang

.
Jemput  follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria untuk baca lebih banyak perkongsian tentang #mulabisnesdropship, #motivasidiri #resipimudahsuribekerjaya dan #tipbahagiasuamiisteri.

Terima kasih. ❤️

Sandwich Telur Chezzy Mayo

Pagi ni terlebih rajin maka terhasillah Sandwich Telur Chezzy Mayo.

Resipi mudah 15 minit penyediaan telah mengenyangkan perut kesayangan hamba.

Nak cuba juga. Jom follow cara di bawah.

Bahan-bahan :

1. Roti sebuku
2. 5 biji telur direbus
3. Mayonis
4. Serbuk cheese
5. Lada sulah
6. 3 biji baby tomato
7. 3 biji Cili merah dan hijau

Caranya mudah sekali.

1. Hancurkan telur dalam mangkuk.

2. Campurkan mayonis dan lada sulah. Gaul bagi rata.

3. 3 sudu serbuk cheese digaul dalam air panas. Jangan terlalu cair. Buat bancuhan pekat. Kacau dan masukkan dalam mangkuk telur tadi. Kacau rata kesemua bahan.

4. Masukkan baby tomato dan cili yang dah dipotong. Ni ikut suka kalau nak letak. Tak letak pun tak pe.

Aku tak guna salad dan timun jadi alternatif gunalah baby tomato.

Cili tu aku letak sebab nak bagi kaw pedas lagi.

5. Sapu butter pada roti. Dan letak telur atas roti. Ratakan. Ikut berapa banyak ko nak letak. Janji tak melimpah ruah.

Potong roti kecil-kecil untuk mudah dimakan.

It's ready to eat! Nyummy menjilat jari uolls.

Tuesday 27 August 2019

Ayam Masak Butter

Ayam masak butter. Menu paling ringkas, senang dan cepat. Juga sedap dimakan. Korang yang tengah fikir nak masak apa lunch atau dinner nanti boleh la cuba

Bahan-bahan yang senang dan mudah disediakan :

1. beberapa potong isi ayam
2. Telur 2 biji
3. Tepung jagung
4. Susu cair
5. Butter
6. Cili merah / cili hijau (ikut berapa banyak korang suka. Nak pedas sikit boleh letak lebih)
7. Daun kari
8. 2 ulas bawang putih. Potong halus

Cara buat sangat senang tak rumit pun.

1. Bersihkan isi ayam. Celup tepung jagung, celup telur dan goreng.

2. Bila siap goreng kesemua ayam, panaskan kuali untuk buat kuah. Masukkan butter. Aku guna 2 sudu butter.

3. Masukkan bawang putih  yang dah dihiris halus tadi. Masukkan cili dan daun kari

4. Bila dah agak kekuningan, tuang susu cair 3/4 tin. Biarkan kuahnya agak mendidih kemudian masukkan ayam.

5. Gaul rata dan masukkan perasa garam, dan secubit gula.

It's ready to eat! Nyummy senang dan sedap.

Berhenti Merungut

Kita nak bahagia, tapi tak pernah usaha mencari kebahagiaan. Hanya pandai komplen, bising, marah-marah.

Kita nak orang bantu mudahkan kerja kita. Tapi kita sendiri tak perlu hulur bantuan pada orang lain.

Kita nak rezeki melimpah ruah, tapi hubungan dengan pemilik rezeki kita tak jaga.

Kita ni hanya pandai merungut, mengeluh dan tengok kelebihan orang. Kemudian komplen dan membandingkan.

Tapi kita tak pandai bersyukur. Ucap terima kasih. Dan berhenti merungut.

Assalamualaikum morning gais.

#aizmenulis.

Sunday 25 August 2019

Tauhu bergedil Viral Cicah Sambal Kicap

Lama sudah aku berangan nak makan tauhu bergedil viral ni. Haritu balik JB aku beli sebungkus, tak puas pulak makan 

Duk usha-usha resipi, dan harini dengan gigih aku cuba buat sendiri.

Korang pun boleh cuba buat. Senang juga. Tak berapa leceh sangat. Buat sendiri lagi berbaloi gitu. Jom sediakan bahan-bahannya :

Bahan A :

Tauhu. Ikut suka korang nak buat berapa banyak. Aku beli 2 peket. Dapat 24 biji. Tapi saiznya kecil pulak.

Bahan B

1. 6 biji kentang. Direbus.
2. Daun bawang (ikut suka korang nak letak banyak mana)
3. Lada merah dan lada hijau beberapa biji
4. Daging cincang. Aku lupa beli, jadi aku guna daging biasa.
5. Bawang besar sebiji
6. Kiub ayam 1

*Bahan lain kalau korang nak masuk daun sup, isi ayam pun boleh.

Bahan C :

1. 2 biji telur
2. Tepung jagung

Caranya :

1. Campur semua bahan A. Blender boleh. Tumbuk semua pun boleh. Buat macam bergedil.

2. Letak sikit perasa garam, serbuk lada putih. Serbuk lada hitam.

3. Tauhu tadi dibasuh dan dipotong sikit hujungnya.

4. Sumbat isi bergedil dalam tauhu. Buat sampai habis semua tauhu.

5. Golekkan tauhu dalam tepung jagung dan telur. Kemudian goreng.

.

Cara untuk buat sambal kicap. Masukkan beberapa cili api hijau dan merah dalam blender. Masukkan kicap.

Orang kata, kalau nak sedap letak bawang putih 2 ulas. Tapi aku tak letak.

Blender semua. Dan tuang dalam mangkuk.

Ok gaiss, dah siap. Ready to eat. Fuh! Menyengat tauhu bergedil cicah sambal kicap ni. Marvellous.

Saturday 24 August 2019

Kek Batik Biskut Marie

Pemusnah diet. Percubaan pertama aku buat kek batik.  Tengok rupanya macam tak berapa nak jadi tapi sekali makan nak repeat lagi. Bertambah-tambah dorang makan. Desert potong kaki ni hahaha.


Bahan-bahan :

1. Butter (Aku guna sikit je, lebihan yang ada. Mungkin sebab tu tak berapa jadi)
2. Biskut marie sebungkus
3. Milo sepeket 800gm
4. Susu cair setin
5. Susu pekat separuh tin

Cara-cara :

1. Cairkan mentega dalam periuk (Aku guna kuali je senang)

2. Masukkan milo dalam kuali. Tuang susu cair. Kacau hingga rata semua bahan. Masukkan susu pekat. Kacau lagi hingga nampak likat.

3. Patahkan biskut marie. Masukkan dalam kuali milo tadi. Kacau hingga rata.

4. Masukkan dalam loyang. Tekan-tekan supaya bila keras nampak coraknya

5. Sejukkan dalam peti sejuk.

Boleh potong bila dah agak keras. Yang aku buat ni, tak berapa kering sangat. Lembap dan sedang-sedang elok untuk potong. Dan bila potong pun ada nampak rupa corak batiknya. Cuma coklatnya agak cair.

Boleh share resipi korang, next time aku boleh cuba cara korang pulak.










Awas awas, desert manis-manis macam ni tak boleh makan selalu. Sebulan jarang sekali boleh la cuba buat. Dah makan manis banyaknya, pastikan minum air masak banyak juga.