Tuesday 12 November 2019

Filem Ghostwriter

Haritu kami sekeluarga menonton Filem Ghostwriter, dari Indonesia. Suami aku yang beriya ajak tengok, nak bagi aku rasa lebih feel sebagai seorang ghostwriter. 

Filem yang mengisahkan seorang penulis, hendak menulis kisah hidup seorang lelaki yang telah mati, kerana atas desakan dah lama tak da job, dan juga perlukan wang untuk tampung perbelanjaan yuran sekolah adiknya. 

Idea untuk menulis kisah hidup lelaki mati itu (Gali) datangnya apabila dia menemui diari Gali di loteng rumah yang baru didudukinya. 

Secara tak langsung Gali memang muncul dalam hidup si penulis. Penulis dan Gali bekerjasama menyiapkan manuskrip tersebut. 

Dalam proses menyiapkan manuskrip tersebut ada perjanjian antara penulis dan Gali. 

Bila penulis melanggar penjanjian, maka menimbulkan kemarahan pada gali Gali dan adik perempuan Gali, terutamanya. (juga telah mati). 

Disebalik penyelesaiannya, ada kisah yang menyayat hati. Kalian juga harus tonton untuk ketahui kesudahan filem ini. 

Pada pendapat aku, filem ni memang sangat menarik. Mulanya aku ingatkan berkisarkan kisah seram. Tapi pengakhiran cerita yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Melahirkan rasa kasih sayang dalam keluarga, terutamanya hubungan adik-beradik. 

Jadi aku pun buatlah kesimpulan untuk filem tersebut. Mungkin sebab "ghost" yang menulis, maka jadilah "Ghostwriter". 
Istilahnya penulis hantu. Orang lain tak nampak sapa yang menulis. Tahu-tahu je siap penulisan. Hanya nampak laptop bergerak dan terusik, dan keluar perkataan pada skrin. 

Sama jugalah kerjaya ghostwriter ni. Orang tak tahu siapa yang tulis. Tapi bahan penulisan siap. Dan kami yang bergelar ghostwriter dapat upah daripada mereka yang mengupah kami untuk siapkan penulisan. 

Sunday 10 November 2019

Mee Goreng Basah

Apa menu korang pagi ni. 

Aku baru siap masak Mee goreng basah. 

Menanti husband balik kerja, tak sabar nak makan sama. 

Simple je. Boleh juga jadi minum petang kalau kalian nak buat harini.



Bahannya : 

• Sepeket mee kuning gardenia
• Sayuran tauge, daun kucai, kubis, carrot. Tomato. Lupa beli sawi. Potong halus semua. 
• Dua ulas bawang merah. Dua ulas bawang kecil. Beberapa batang cili kering. Blender
• Segenggam udang kering dan ikan bilis. Blender sekali dengan bawang
• Fishcake potong halus. 
• Dua biji telur
• Kiub pati ikan bilis 1

Caranya : 

• Tumis bahan yang dah diblender tadi hingga garing dan kekuningan. 
• Masukkan fishcake, carrot dan kiub pati ikan bilis. 
• Masukkan bahan perasa garam, gula, sos cili, sos tomato, kicap pekat, kicap manis, sos tiram. Ni semua korang agak-agak la sendiri nak letak banyak mana. Jangan dituang sebotol sudah. Fengsan makan nanti hhehe. 
• Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan mee kuning. 
• Bila semua dah gaul rata, last sekali masukkan sayur. 
• Masuklah air sikit kalau korang rasa kering sangat. 
• Kacau lagi sebelum angkat untuk hidang. 

Tada... Siap untuk dimakan. 

.
#aizmenulis 
Sebarkan kebahagiaan& Kasih Sayang 

.
Jemput  follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria untuk baca lebih banyak perkongsian tentang #mulabisnesdropship, #motivasidiri #resipimudahsuribekerjaya dan #tipbahagiasuamiisteri. 

Terima kasih. ❤️

Nasi Goreng Butter

Menu paling ringkas pagi ni. Nasi goreng butter. 


Sesuai sangat untuk anak-anak yang tak nak pedas. Mama pun join sepinggan juga. 

Bahan mudah dan cepat. 

• Semangkuk nasi
• Dua biji telur
• Dua ulas bawang putih
• Segenggam ikan bilis
• Sedikit carrot potong halus
• Sesudu butter

Caranya : 

• Goreng ikan bilis hingga garing
• Telur tadi di pecahkan dalam mangkuk, dikocak dulu. 
• Guna minyak goreng ikan bilis, masukkan telur. Kacau biar hancur dan masukkan nasi. Kacau hingga sebati
• Masukkan butter dan carrot
• Masuk serbuk perasa garam dan sedikit sos tiram
• Masukkan ikan bilis. Kacau hingga sebati. Pastikan butter dan betul-betul mencair dan sebati dengan nasi. 

Siap untuk dihidangkan! 

.
#aizmenulis 
Sebarkan kebahagiaan& Kasih Sayang 

.
Jemput  follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria untuk baca lebih banyak perkongsian tentang #mulabisnesdropship, #motivasidiri #resipimudahsuribekerjaya dan #tipbahagiasuamiisteri. 

Terima kasih. ❤️

Friday 11 October 2019

True Love Is Getting Slim Together

"True love is getting fat together and getting slim together"

Oleh kerana kami bersetuju dengan pepatah ni, maka dengan gigih aku support husband untuk turunkan sikit berat badan. Aku pun gigih juga nak berdiet.

Husband kata bukanlah nak kurus melampau tapi nak nampakkan semula 6 pack dia yang dah hilang akibat kebahagiaan melanda.

Sekarang ni kami gigih workout setiap malam. 30 hingga 45 minit. Seminggu sehari sahaja rest workout.

Antara eksesais yang kami lakukan ialah

Plank
Mountain climbing
Squat
Push-up

Dan beberapa lagi yang lain. Ni husband yang lebih fokus. Aku buat 3 eksesais atas tu je.

Korang nampak aku asyik share resipi je kan. Start minggu ni aku cuba masak menu yang memang sesuai untuk kami berdiet. So nanti aku cuba share dengan korang.

"Eat Clean" (makan bersih) kami mula praktiskan. Eat clean ialah makan makanan semula jadi. Tanpa diproses, yang tak da banyak pengawet, gula, dan lemak jahat. Makanan yang tidak berminyak, tidak bersos. Seimbang dalam semua piramid makanan. Makan 4-5 kali sehari ikut keperluan kalori.

apa yang aku paling suka sekali EAT CLEAN ni boleh kempiskan perut.

Permulaannya kami dah tukar beras pada beras perang. Mula-mula makan dulu memang rasa tak berapa sedap. Tapi kami cuba juga makan. Dan akhirnya dah masuk paket kedua. Dah jadi rutin pun. Nasi pun ikut sukatan suku daripada pinggan.

Tapi kan, biasalah nak sahut cabaran diet sihat ni memang sangat mencabar. Banyak betul dugaan dan godaannya.

Lebih lagi kalau di pejabat. Bila orang makan sedap kita tengok je la. Kalau di rumah masih boleh kontrol, makan ikut menu yang aku sediakan. Gigih aku cari info dan resipi menu sihat.

Kalian mesti biasa dengan "cheat day" bagi orang yang sedang berdiet. Maksudnya hari kebebasan untuk orang berdiet menikmati makanan.

Ikut apa yang aku baca, cheat day ni untuk meraikan pencapaian penurunan yang kita dapat setelah berusaha menurunkan berat badan.

Membuatkan diri kita rasa puas, tanpa fikirkan keinginan terhadap makanan tersebut ketika berdiet. Dan untuk bagi elak rasa bosan kerana pengambilan makanan berdiet.

Pagi tadi husband bangun, dengan riangnya dia bagitau, "harini kita punya cheat day kan."

Amboi... "Jangan ngelat. Harini rest workout. Esok baru cheat day."

Haha aku tau dia dah terbayang nak makan ayam masak merah.

Tuesday 8 October 2019

Doa Untuk Suami

Kadang kala hidup ini tak seindah yang kita jangkakan.

Ya Tuhan, bantulah hati dan perasaan aku untuk terus kuat.

Semoga apa jua lintasan hati tidak menjadikan aku rapuh. Tidak juga jadi kenyataan yang memusnahkan impian.

Terima kasih Allah untuk nikmat dan pinjaman kebahagiaan yang diberikan. Semoga ianya kekal mewarnai hidup kami.

Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku kini dan yang telah lalu
Kau limpahkanlah aku kesabaran yang tiada batasnya
Kau berikanlah aku kekuatan fizikal, mental dan kecerdasan minda
Kau kurniakanlah aku sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau peliharalah hatiku dari lintasan hati yang tidak baik dan merosakkan mindaku
Kau kuatkanlah semangatku
Kau kurniakanlah sifat kasih mengasihi sesama insan

Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash, Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekirannya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu, Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di syurgaMu limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Jadikanlah suamiku Mohd Hasrul Shahril Bin Abd Samad, suami yang terbaik untukku di dunia hingga akhirat.

Ya Allah, peganglah hati aku dan hati dia untuk terus saling menyintai dan menyayangi keranaMu

Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu, Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.

Berikan aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya dan berikanlah kesabaran kepadanya untuk menghadapi segala kerenah dan ragamku.

Sekiranya kami tergoda dengan keindahan duniaMu, Jadikanlah aku dan suamiku ini pembimbing dan saling melengkapi.

Limpahkanlah kesabaran padanya untuk terus membimbingku dan kesabaran padaku untuk terus dibimbingi

Sekiranya kami tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, Kurniakan kami kekuatan untuk memperbetulkan keadaan. Berikanlah kebahagiaan kepada kami

Ya Allah Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau jua yang mengampuni segala kesilapanku
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri, kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.
Kuatkan hati dan semangatku
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, bukanlah yang menyusahkan suami.

Aku ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah, penyejuk mata suamiku
Isteri yang sentiasa dekat di hati suami.

Ya Allah hanya padaMu ku pohon segala harapan
Aku pasrah dengan segala ujian
Aku reda dengan segala ketentuan
Aku pohon kekuatan, petunjuk dan hidayahMu.

Aamin Ya Rabbal'alamin....

Saturday 5 October 2019

Suami Mengamuk Isteri Lambat Masak

Sampai rumah bergegas aku masuk dapur keluarkan ayam, dan sayuran lain.  Sepantas kilat bersilatlah aku di dapur mahu sediakan makan malam. Beginilah rutin aku setiap petang. Tapi bukanlah langsung tak dapat cuti rehat memasak.

Selalunya suami aku pasti akan tanya, "Harini sayang nak masak apa? Nak rehat ke? kalau nak rehat kita boleh beli je." Seminggu pasti sehari atau dua akan ada Cuti Rehat dan gantung kuali. 

Aku pasti setiap wanita mahu berikan yang terbaik untuk suami dan keluarga mereka. Aku juga pasti walau penat macam mana pun isteri tetap akan cuba memasak hidangan simple, asalkan kenyang perut ahli keluarga.

Isteri tidaklah terlalu mengharap suami bantu mereka di dapur. Sebabnya ada sesetengah isteri yang lebih suka buat kerja sendiri bila di dapur. Tapi isteri pasti akan cukup gembira dan tersenyum riang bila suami ringan tulang bantu tolong jaga anak bila isteri memasak. Sekurangnya tidaklah isteri berkejar-kejaran. Tengah bersilat di dapur kemudian ke ruang tamu pula bertukar jadi hulk gara-gara anak-anak bergaduh berebut mainan. 

Malah lebih bagus dan seronok jika suami dengan penuh kesabaran menunggu isteri siap memasak. Tak perlu mengamuk kelaparan. Perut semua orang dalam rumah pasti lapar. Lebih lagi bila terbau makanan yang sedang dimasak.

Jika suami sendiri tak boleh tahan sabar hanya sebab lapar, kesianlah pada isteri yang barangkali di pejabat pun langsung tak sempat jamah makanan akibat terlalu sibuk. Isteri dan anak-anak juga pasti lapar.

Tak salah menunggu sekejap untuk makan bersama. Pasti nikmatnya akan lebih dirasai. 

Kalian rasa apa perasaan isteri bila suami mengamuk gara-gara isteri lambat siapkan hidangan makanan? Aku pasti emosi isteri akan terganggu. Percayalah, isteri akan memasak dengan penuh rasa tenang dan kasih sayang bila suami sabar menanti. Bila tiada pergaduhan atau drama sebabak yang berlaku. 

Memasak ni perlukan emosi yang sangat stabil dan tenang.  Kerana itulah walau simple macam mana pun masakan, ia akan jadi sedap kerana air tangan isteri yang ikhlas dan penuh rasa kasih sayang itu mengalir. 


Aku petik sedikit perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew. Beliau kongsikan ada 3 petua yang boleh kita lakukan bersama suami isteri untuk sentiasa merasai hangatnya cinta dan kasih sayang iaitu :  

1. Makan bersama. Berdua-duaan. Saling suap-menyuap atau jika makan di luar boleh saja berkongsi makanan dan minuman. 

2. Solat bersama-sama. Sentiasa sebut nama pasangan dalam setiap doa. 

3. Buat Taklim dan majlis ilmu dalam rumah. Buat perkongsian ilmu dan taklim 5 minit setiap kali selepas solat. Kalau rasa tak sempat sangat buatkan 5 minit semasa dalam kereta, atau di mana sahaja keadaan sesuai ketika bersama. 

Buatlah dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Semoga rasai cinta itu akan sentiasa mekar mewangi menghiasi hubungan kita. 

Wednesday 25 September 2019

Dash Box Hotel Cyberjaya

Berakhir sudah percutian sambil bekerja. Dan akhirnya tercapai juga impian kami nak ke Dash Box Hotel, Cyberjaya. Rezeki kami dapat rate hotel agak murah.
Oleh kerana ramai yang tanya berapa rate harga semalam hotel ni, aku review sikit apa yang menarik di sini.
Nak dapatkan harga menarik, korang kena selalu tengok Agoda. Kalau dah ada tarikh untuk bercuti, selalu-selalulah buka Agoda dan semak harga yang ditawarkan.
Husband aku memang rajin buka Agoda dan semak harga Dash Box Hotel ni. Tapi kami tak rancang pun nak pergi minggu ni.
Kebetulan, husband ada Public Speaking Competition di Ibu Pejabat Maritim Putrajaya dan aku tak nak kelam kabut awal pagi, jadi kami buat last minit decision, check in hotel yang berdekatan.
Seminggu lepas dah survey harga, tapi bila tengok masih mahal. Isnin tengah hari kelmarin bila dah decide semua kami berdua buka Agoda dan tengok harga.
Kebetulan masa tu ada harga yang ditawarkan RM145/semalam. Garden view dan King size bed.
Terus aku sambar dan tempah. Untuk dua hari harga RM307 termasuk tax. Tu belum aku apply promotion 6% yang Agoda bagi. Dah eksited sangat boleh pulak terlupa nak guna diskaun tu.
Aku kira agak berbaloi dan masih murah kerana kebanyakan harga bilik sebenar RM2++ semalam.
Tambahan pula aku tempah last minit. Isnin tempah dan nak terus check in. Jadi diskaun tak berapa banyak sangat. Mungkin kalau lebih rajin survey sebelum ni boleh dapat lagi murah.
So kesimpulannya kenalah rajin-rajin jadi pengunjung tetap Agoda dan survey harga yang ditawarkan.
.
Apa yang menarik dan tertariknya Dash Box Hotel Cyberjaya ni tempat agak private. Hotel berbentuk kotak.
Ada 3 bilik setiap Box. Dua bilik di bawah, satu lagi di atas. Naik setangga je. Kiranya tak de la perlu bersusah payah naik lif. Depan pintu boleh parking kereta.
Masuk je hotel. Terus rasa wow! Bilik pun tak sempit. Katil King besar. Muat untuk kami berdua, dan dua anak lagi. Maklumlah last minit tempah dan nak murah so memang sukar juga nak dapat katil berasingan.
Hiasan dalaman juga sangat cantik. Bilik air yang besar dan luas. TV pun besar. Line wifi juga mudah akses. Tak boring anak-anak, masa kami tinggal mereka waktu siang.
Kami dapat bilik Garden view. Buka je pintu dah boleh nampak swimming pool, walaupun kena berjalan sikit ke kolam still aku puas hati.
Kalau Pool view bukak je pintu korang boleh terus terjun kolam. Memang seronok. View yang sangat cantik lebih lagi bila waktu malam. Lampu sana sini menyala mencantikkan lagi suasana Dash Box Hotel.
Untuk korang yang nak tenang-tenang dan rileks, sambil bawa anak menyelam tak ingat dunia boleh la cuba ke sini.
Rekomen sangat!