Friday 16 August 2019

Daging Rendang

Daging Rendang
Tu dia... Semalam kita masak daging black pepper. Harini kita buat pulak daging rendang.
Aku tak pernah masak daging rendang, so stail aku buat ni ala-ala ayam masak rendang. Jangan kecam, mungkin tak sesedap korang masak.
Tapi.. masak seperiuk habis tau. Yang nak cuba stail aku masak ni boleh follow cara di bawah.
Semua bahan aku main agak-agak je. Tengok sendiri berapa banyak daging korang guna.

 Bahan A 


 Daging yang telah dicampur kerisik 

 Aku masukkan rendang yang dah dicampur santan dalam periuk Noxxa, nak bagi lebih empuk dagingnya

Yeahh dah siap. Boleh hidang untuk makan



Bahan-bahan :
1. Daging sekilo
Bahan A
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Kunyit seinci
5. Halia seinci
6. Lengkuas seinci
7. Serai dua batang
8. Beberapa batang lada kering.
Bahan A ni semua di blender hingga halus.
9. Serai sebatang diketuk
10. Daun kunyit 2 helai
11. Air asam jawa
12. Kerisik
13. Santan

Caranya :
1. Tumis semua bahan A bersama serai yang diketuk hingga masak dan garing.
2. Masukkan daging dan gaul rata.
3. Masukkan kerisik, air asam jawa. Masuk serbuk perasa garam dan gula.
4. Kacau lagi hingga bahan sebati dan masak lagi nak bagi empuk.
5. Masukkan santan.

Bila semua bahan dan campur, aku masuk rendang dalam periuk Noxxa. Nak bagi dagingnya betul-betul empuk.

Korang boleh je masak lama atas dapur. Kalau nak rebus dulu sebelum masuk dalam bahan pun ok je.

Bila dah agak-agak empuk, maka siaplah rendang daging korang. Potong daun kunyit dan kacau biar sebati dalam kuah rendang.
Maka siaplah daging rendang versi aku sendiri. Agak berkuah sikit rendang ni.


Bila suami puji sedap maksudnya memang sedap laa kan. So apa lagi, jamulah perut semua yang ada di rumah.

Thursday 15 August 2019

Daging Masak Black Pepper

Seminggu ni mesti hidangan menu utama daging je kan. Maklumlah nak habiskan daging korban.


Ni dia menu paling ringkas dan sedap dicuba, makan dengan nasi panas.
Daging Masak Black Pepper.
Bahan-bahannya :
1. Daging sekilo
2. Sos black pepper
3. Lada hitam
4. Dua ulas bawang putih
5. Seinci halia
6. Dua biji bawang merah
7. Sebiji tomato
8. Dua biji kentang
9. Beberapa tangkai lada merah dan lada hijau
Caranya :
1. Rebus daging untuk bagi empuk. Kemudian gaul daging tadi dengan sos black pepper dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. Letakkan secubit garam. Perap setengah jam.
2. Sementara tu potong kentang dan goreng.
3. Potong halus semua bawang dan halia. Serta lada merah dan lada hijau
4. Selepas setengah jam. Panaskan kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
5. Masukkan daging yang dah diperap tadi. Gaul rata.
6. Masukkan sos black pepper. Sedikit cili sos. Boleh letak air jika nak ada kuah. Masukkan kicap pekat nak bagi nampak hitam. Boleh masukkan lada hitam yang ditumbuk jika nak rasa pedas black pepper lebih.
7. Masukkan kentang, tomato dan lada merah dan lada hijau
8. Masuk serbuk perasa garam, gula.
Siap untuk dihidangkan. Marvelous!
.
Like dan #SHARE jika korang rasa bermanfaat. Jom follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria jika korang tak nak terlepas posting-posting menarik dari saya.
#aizmenulis

Salam Kejayaan

Tiada yang lebih hebat selain Allah yang menentukan kejayaan, kemenangan dan kesenangan kita.

Kita hanya perlu terus istiqomah bersyukur dan bersabar. Diiringi dengan usaha dan doa tanpa jemu.

Salam kejayaan!

Saturday 10 August 2019

9 Perkara Penting Yang Dilakukan Sebelum Tinggalkan Rumah

Benda-benda remeh ni biasa kita jarang ambil pusing sangat. Sibuk ingat benda besar.

Ini antara beberapa perkara yang aku mesti lakukan sebelum balik kampung atau nak tinggalkan rumah dan tempoh yang panjang.

1. Packing beg malam hari supaya tak kelam-kabut dan tak tertinggal keperluan penting.

2. Bawa bersama keperluan mandian sendiri dan anak-anak. Ubat gigi, shampoo, sabun. Jangan sengaja nak habiskan yang ada kat rumah mak bapak korang.

3. Bekalan untuk anak-anak makan dalam kereta. Air masak, biskut atau roti. Manalah tau jem sepanjang jalan, boleh la hadap sambil mengunyah kan.

4. Basuh semua baju-baju kotor supaya balik semula ke rumah tak stress tengok baju menimbun nak basuh. Tu belum campur baju kotor yang korang bawa berjalan. Mahunya berhari-hari nak siap mendobi.

5. Biasanya lagi beberapa hari sebelum memulakan perjalanan, aku akan habiskan dengan memasak semua bahan mentah yang ada dalam peti sejuk. Risau bila lama sangat tinggal nanti dan tak berapa molek rupa lauk dan sayuran yang ditinggalkan.

6. Basuh dan kemas pinggan mangkuk dan cawan kotor. Jangan tinggalkan pinggan kotor dalam singki. Kemas dapur untuk elak kawan-kawan baru datang bertandang kalau ada sisa makanan yang ditinggalkan.

7. Buang semua sampah. Jangan tinggalkan sisa makanan. Buang semua sampah dalam bilik. Kemas-kemas rumah, jangan bagi bersepah.

8. Cabut kepala gas.

9. Tutup semua suis dan cabut semua plug. Tutup juga plug mesin air cuckoo.

Pusing-pusing dalam rumah rasanya cukuplah 9 perkara ni je yang aku selalu lakukan.

Friday 9 August 2019

Hadiah Kiriman Tuhan

Setiap kejayaan dan kebahagiaan yang Tuhan nak beri mesti ada sakitnya dulu.  Peritnya, sedihnya, jatuhnya, naik dan turunnya.

Bila kita reda dan ikhlas terima dan lalui, maka hadiahnya Tuhan kirimkan satu keindahan berbentuk kejayaan dan bahagia yang kita dambakan.

Teruslah berharap, berusaha dan berdoa. Kerana Tuhan tak pernah sekali melupakan kita.

Mudah Je Cara Makan Subway

Biasanya kita ni memang akan ada perasaan takut nak cuba sesuatu yang baru, lebih lagi kalau tak de peneman.
Kalau kau sama. Aku pun sama. Ceritanya, bila masuk Mall asyik jeling je Subway tu. Tak berani nak masuk.
Sebabnya yang aku dengar-dengar kena buat sendiri roti apa kita nak. Macam senang, tapi malu juga weih kalau silap. Buatnya ramai orang beratur kat belakang tunggu giliran. Jenuh juga.
Nasib pulak dapat suami yang nak cuba semua jenis makanan dengan isteri dia. Haru betul!
Maka lunch kami di Subway Eon Bukit Tinggi.  Masuklah aku dengan perasaan malu-malu kucing.
Alahai, rupanya senang je caranya. Mati-matilah aku ingat kita sendiri yang ceduk semua bahan tu. Rupanya tidak. Ada staff mereka yang akan buatkan. Kita pilih je nak letak apa dan apa.
Sampai kaunter order, mula sekali pilihla menu apa nak. Kalau tak nak ikut yang dicadangkan, kita buatlah menu sendiri.
Pilih roti dulu. Ada beberapa pilihan iaitu  Wheat, Honey Oat,  Parmesan Oregano, Hearty Italian. Korang pilih yang mana suka. Saiz apa nak. Aku pilih honey oat.
Lepas tu boleh pilih apa inti nak letak dalam roti tu. Disebabkan aku baru nak cuba, aku pilih ikut pada menu pilihan yang ada iaitu Tuna Combo. So, staff mereka  letak je terus dalam roti inti yang perlu ada ikut menu pilihan. 
Tapi kalau kita ada nak tambah lain-lain lagi, boleh je. Tak de masalah yang penting bayar.
Kemudian pilih pulak sayur apa nak. Macam-macam ada. Pening juga nak pilih. Timun, tomato, timun jeruk, kobis, zaitun, lain-lain aku tak berapa kenal. Aku pilih semua kecuali bawang.
Akhir sekali pilih sos. Ni lagi pening. Tak tau nak pilih mana satu. Maklum tak pernah rasakan.
So aku ikut-ikutlah suami. Dia yang tolong pilih semua untuk aku. Hahha selamat juga. Sos pilihan kami thousand island, bbq, mayonis dengan satu lagi lupa sudah namanya.


Tadaaa. Siaplah Tuna dan Roasted Chicken Subway kami.
Air pun, mereka bagi cawan dan kita yang pilih dan letak sendiri nak air apa. Cuma hot drink mereka akan beri dalam cup dan kita letak sugar sendiri.
Pakej murah, sedap dan berbaloi. Hanya RM30 kami makan ni.
Psst. Sedap juga rupanya. So next time boleh datang lagi. Dah pandai ni, dengan bangganya nanti datang kaunter pilih-pilih  je sendiri nak apa.
Tadi tu duk fikir-fikir nak memilih takut silap, sambil dibantu staff mereka. Heheh.

Wednesday 7 August 2019

Viora Cafe

Demand pula tekak ni ye. Baru berangan nak turun 20kg. Harini Cinta Hati boleh pula ajak lunch di @vioraempire











Marbeles, sedap dan puas hati. Korang yang teringin nak makan ala-ala hipster area Klang boleh la datang sini.
Yang suka Maggi ramen dan korean food pun memang sesuai sangat. Aku ambil Double Torei ni RM38 je. Sedap betul meatball dia. Lebih kurang meatball Ikea gitu. Maggi ramen tu 2x spicy, aku jamah je.
Minum pulak Mango special siap ada aiskrim. Wow rasa. Makan ramen pedas sejuk rasa anak tekak.
Rupanya deretan kedai-kedai situ, ada terselit cafe hipster macam ni. Tempat tenang je. Dekorasi pun simple dan cantik.
Viora Cafe di Rantau Panjang, Klang. Open jam 12-10 mlm. Waktu kitorang sampai tadi kira baru buka je la.
#vioraempire  #vioracafe #koreanfood #maggiramen #foodhunter