Friday 12 June 2020

Rezeki Memang Cabutan Gelang Emas

Alhamdulillah syukur rezeki pagi Jumaat. Menang cabutan bertuah gelang emas Sempena Jualan Birthday Founder, Cikgu Izz minggu lepas. 

Baru sekejap je tinggal live, kononnya nak seru anak team, sekali nama kita yang kena seru.




Terima kasih banyak pada Cikgu Khairil Izham yang selalu buat surprise untuk team. Moga melimpah ruah rezeki Cikgu Izz, mengalir idea bernas untuk terus bagi kami support moral. Terima kasih juga team HQ, sentiasa bertungkus lumus untuk beri yang terbaik pada Team dan anak cucu cicit. 

Tahniah juga pada salah seorang pembeli dari Team Aiz Clique. Dapat saguhati RM20 😍😍

Korang yang nak join team kami, jom daftar dropship. Banyak sangat ilmu yang diperolehi selain kita belajar berjualan atas talian. 


Jom yang nak belajar asas dropship bersama Woocip boleh wassap saya ye. Saya guide kalian step by step

www.wasap.my/60177912993/DropshipWoocip


.
Anys Idayu Zakaria
Leader Woocip
Team Aiz Clique

Wednesday 10 June 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Maka harini bermulalah episod Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Kita sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. 

Moga kita semua patuhi SOP yang ditetapkan. Jangan sekali leka dan bergembira hingga lupa apa yang dah kita amalkan sebelum ini. 

Antara norma baru yang perlu kita teruskan dengan memakai penutup muka, kerap membasuh tangan, jangan bersesak-sesak di tempat ramai, dan yang penting jaga jarak. 

Perlu ada rasa was-was dan ragu-ragu dengan semua orang. 

Anak-anak terutamanya, ajar dan didik mereka patuhi SOP. Maklumlah mereka antara yang paling lama sekali duduk di rumah. Terperap lebih kurang hampir 3 bulan lebih kan. 

Baru hari ini ada kelonggaran untuk mereka keluar dan ikut ke mana sahaja ibu ayah pergi. 

Semuanya di tangan kita. Kerajaan serahkan pada kita semua untuk menjaga dan melindungi diri, keluarga sendiri. 

Kita jaga kita. Insya Allah pasti semuanya baik-baik dan kita juga dapat jalani PKPP dengan tenang. 

Korang pun dah sesak-sesak atas highway ke tu? Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. 

Gerak dulu laa yer. Aku kena standby kat rumah je. Ni pun duk ulang alik balik kerja. Kalau rajin terlebih husband bawa jalan-jalan Alamanda atau IOI City Mall. Katanya nak bagi mudah bersalin. Hahaha. 

.
Anys Idayu Zakaria

Saturday 6 June 2020

Resipi Soto Johor

Husband request Soto Johor. Maka dengan gigih kita layan masak. Cubaan pertama kali masak Soto dan buat bergedil lawan pula dengan sambal kicap. Fuh! Memang menyengat. 




Resipi Soto

Bahan : 
* Seekor ayam. Nak guna isi ayam je pun boleh, dan boleh campur rangka ayam (rebus dulu)

* 5 ulas bawang merah kecil
* Sebiji bawang merah besar
* 4 ulas bawang putih
* Seinci lengkuas, halia dan kunyit
(Blender semua bahan)
* 2 batang serai titik
* Kiub pati ayam
* Sesudu serbuk jintan manis
* Sesudu serbuk jintan putih
* Dua sudu rempah kurma
* 4 sekawan rempah tumis

#Semua bahan ditumis. Bila dah garing masukkan air ayam dan semua isi ayam yang direbus tadi. 

# Letak bahan perasa. Masak hingga mendidih

Bahan hiasan : 

* Suun digoreng. Jangan basuh. Potong bagi pendek dan goreng
* Kacang tanah goreng
* Tauge
* Isi ayam yang direbus tadi, digoreng sekejap (tak nak goreng pun tak pe)  kemudian siat isi ayam tu. 

Bergedil : 

* Kentang digoreng
* Lenyekkan. Letak garam, serbuk lada putih
* Kalau nak letak daun sup, daging cincang, lada, bawang pun boleh. 
* Bentukkan bulat. 
* Celup telur dan goreng

Sambal kicap : 
* Cili api merah, hijau
* Lada merah dan lada hijau
* Kicap
* Serbuk perasa garam, gula
Blender semua. 

Oh ye, jangan lupa pula rebus ketupat mini. Nanti bahan semua dah siap, tak tau nak makan dengan apa pulak. 

Ok siap boleh hidang. Makan dengan berselera sekali. 

Selamat mencuba! 
#soto #sotoketupat #sotojohor #bergedil #sambalkicapjohor

Thursday 28 May 2020

Buku Pink Bagi Ibu Mengandung

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kelmarin adik ipar tanya dah masuk berapa bulan. Aku bagitau dah nak masuk 34 minggu. Terus rasa nebes bila mak mertua cerita, "kalau mak, 3 minggu lagi bersalin laa ni."

Semalam belek-belek 2 buku pink yang lepas. Terasa nak tengok semula minggu ke berapa aku bersalin untuk 2 anak sebelum ni. Masih belum lupa, tepat sekali jangkaan aku, ketika minggu ke-38.

Sebenarnya aku nak share pentingya BUKU PINK bagi ibu mengandung. Macam KAD PENGENALAN KEDUA kita. Korang yang dah pernah bersalin, ada simpan lagi tak buku pink kehamilan yang lepas? Buku Pink ni penting untuk kita terutamanya bila nak buka buku Pink baru untuk kehamilan seterusnya.

Bila ke klinik kerajaan, mereka akan minta buku pink yang lepas, kad pengenalan dan bawa jugalah korang punya salinan kad nikah.  Kalau ibu yang baru pertama kali hamil, hanya perlu bawa kad pengenalan dan kad nikah.

Nurse akan rujuk Buku Pink yang lepas untuk lihat rekod kesihatan dan rekod kehamilan kita sebelum ni. Jadi, janganlah sesekali kita letak merata BUKU PINK tersebut. Selesai urusan bersalin anak tersebut. Simpan molek-molek bukunya. Ingat mana letak.

Katalah kalau tak jumpa dah mana letak. Hilang ingatan sekejap, korang boleh je bawa kad pengenalan dan salinan kad nikah. Tapi nanti banyak laa soalan Nurse nak tanya. Kalau ada buku pink sebelum ni, nurse rujuk buku yang terdahulu dan bertanya pada kita untuk kepastian je.

Kadang, kita sendiri pun ragu-ragu nak jawab. Maklum laa dah lama bersalin anak sebelum ni. Kot ingatan kuat ok laa kan.

Jadi, pastikan ibu-ibu semua simpan ye buku pink tersebut. Mudah untuk urusan bersalin akan datang. Kalau dah tutup kilang, boleh laa masuk dalam muzium di rumah. hehehe.

Anyway, doakan semoga urusan persiapan bersalin aku dipermudahkan. Banyak lagi keperluan lain perlu disediakan ni. 

Jap2 nak tanya, korang dah ada berapa buku pink? Aku dah ada 3 BUKU PINK.

Allah Mampu Beri Lebih Dari Yang Kita Fikirkan

Kita tak berjaya visualisekan apa yang diimpikan kerana limitation minda kita sentiasa ingat Allah tak mampu beri apa yang kita minta. 

Kita fikir ikut logik akal yang tak mampu capai, maka kita bersangka Allah juga tak mampu beri. 

Terkadang "eh, tiba-tiba je dapat ni... Eh tiba-tiba je boleh jadi gini...." 

Sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segalanya. Dia mampu beri apa yang tak mampu tercapai oleh akal dan minda kita. 

Hanya perlu bersangka baik dengan Allah, teruskan usaha dan tawakkal. Lebihkan bersyukur, lebihkan memberi, jangan hadkan pemikiran kita pada sesuatu yang tak logik akal hingga kita meragui kekuasaan Allah swt. 

Salam 5 Syawal. 🥰🥰

Thursday 7 May 2020

Sekolah Penulisan Ramadan

Dah banyak kali lalu dan melintas depan mata. Tapi harini baru Allah gerakkan hati untuk baca betul-betul modul dan isi kandungan kelas. 

Mungkin di kesempatan dan masa PKP inilah peluang untuk tambah lagi ilmu. Hanya perlu sedikit yuran kebijaksanaan tanda komitmen mahu ilmu dan belajar, tanpa perlu bersusah payah ke lokasi, keluar duit minyak, duit makan. 

Dah akhirnya harini aku berjaya daftarkan sebagai salah seorang Pelajar Sekolah Penulisan Ramadan. Kelas bermula 8-15 Mei ini. Tawakkal kepada Allah. Tuntut ilmu kerana Allah. 

"Esok  virtual summit Sekolah Penulisan Ramadan akan bermula. Ada kawan-kawan yang mahu belajar, tulis biar sampai jadi? Terus ke web https://kelas.onpay.my/order/form/summitramadan

Tuesday 14 April 2020

PKP FASA TIGA (15-28 APRIL 2020)

"Mama, kita dah raya ke? Mama masak rendang, nasi impit dengan pulut ni macam raya je..." 

"Dah macam hari raya la pulak sayang..."

Senang je aku jawab soalan husband dan Raisha tu, "Sambut raya sempena PKP Fasa 2 habis hari ni.” 😌😌 Steady tak hehhe. 

Esok kita sambung PKP Fasa 3 pula. Harap semuanya tenang-tenang. Mak-mak masih boleh fikir dengan cergas menu masak setiap hari. Anak-anak masih ada aktiviti yang boleh mereka isi sepanjang cuti. Bapa-bapa masih waras dan diam-diam di rumah, tonton movie, workout, baca buku, main game ke... 

Gitu. Janji semuanya dilakukan di rumah. 

Kita belum menang, tapi Insya Allah kita pasti akan menang. Boleh boleh 💪💪💪