Monday 27 August 2018

Banyakkan Berkongsi

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ada masa kita perlu pandai minta dihargai. Bukan hanya kita yang menghargai.

Ada masa kita juga perlu bijak bersuara dan menyuarakan. Bukan hanya mengangguk tanda setuju. Dan bukan pula berkata iya walaupun sebenarnya tidak.

Kerana kita wanita akan ada satu sifat diam dan akur, tidak mahu berbalah. Sehingga satu tahap yang akan menghilangkan kesabaran kita, macam bom meletup. Kita memang akan bertindak tanpa memikirkan apa yang telah kita korbankan selama ini.

Aku pernah berkongsi dengan seorang teman, mungkin dulu sebab aku lebih banyak diam dan menurut, jadi orang sekeliling tak jangka keputusan yang aku ambil.

Jadi untuk tak nak perkara sama berulang, aku perlu lebih bijak bersuara, perlu lebih banyak berkongsi. Supaya apa yang dipendam tak meletus seperti gunung berapi.

Aku harap kau pun begitu juga. Banyak berkongsi terutamanya dengan pasangan kerana dialah orang yang dekat dan memahami kita.

No comments:

Post a Comment