Sunday 12 August 2018

Touching

Tek : Anys Idayu Zakaria

Posting ni tanda ucapan terima kasih pada kalian yang sudi tinggalkan ucapan tahniah pada aku semalam. Tak sempat aku nak reply satu persatu.

Sungguh masih dalam mood happy, sebak,  touching sangat bila ramai mendoakan kami. Si dia pun gembira bila aku bagitau ramai yang mendoakan. Katanya, "ramai orang suka, ramai yang mendoakan semoga mudahlah urusan seterusnya."

Aku tahu, ramai yang tersentuh dengan setiap perkongsian aku selamanya. Walaupun bukan semuanya aku kongsi, tapi kesakitan dan keperitan masa lalu umpama seperti kalian turut merasai. Dan bila aku mula rasa bahagia, kalian juga turut gembira.

Setiap antara kita melalui kisah hidup yang berbeza-beza. Pengalaman mematangkan untuk terus melalui perjalanan masa hadapan. Semoga kisah silam masa lalu tak terus menghantui untuk aku membina kebahagiaan masa akan datang.

Dan semoga tidak ada yang mempertikaikan kenapa aku boleh membuka pintu hati untuk menerima lelaki lain. Setelah hampir 10 tahun melalui keperitan.

Memang pun aku akui, dulu ketika belum berpisah aku rasa lebih baik hidup seorang diri. Kadang rasa menyusahkan je ada laki ni. Kalau semuanya kita yang tanggung dan uruskan.

Tapi dalam tempoh 2 tahun sendiri, nasihat dari Ma yang selalu pesan, "kita sebagai wanita walau hebat macam mana pun kalau ada peluang dan ruang carilah jodoh. Buka pintu hati terima lelaki yang baik untuk jadi suami. Anak-anak bila besar satu masa tetap akan bina hidup mereka sendiri. Jadi suamilah tempat kita bermanja dan bergantung harapan bila dah tua-tua nanti. Walau ada lelaki yang tak bertanggungjawab, tapi masih ada lagi lelaki yang baik dan bertanggungjawab."

Alhamdulillah Tuhan hadirkan si dia tepat pada waktu, dan ketika aku sudah sedia membuka pintu hati untuk menerima seseorang. Kerana hanya itu yang aku minta dalam setiap doaku.

No comments:

Post a Comment