Showing posts with label Tip Bahagia Suami isteri. Show all posts
Showing posts with label Tip Bahagia Suami isteri. Show all posts

Saturday 9 March 2019

Love Languages

Tek : Anys Idayu Zakaria

Tadi ada terbaca di status seorang rakan #SrikandiInspirasi tentang love languages ni. Bahasa cinta antara pasangan kita ayat mudahnya.

Aku pun teringat love language antara kami berdua. Si Dia mesti tak pernah miss sebut l love U & I Miss U. Beberapa bulan sebelum kami kahwin dia dah mula sebut begitu setiap kali kami akhiri perbualan di telefon.

Dan sekarang ni, memang setiap hari akan ada love language tu yang dia sebut. Sebelum tidur tu memang wajiblah. Dan biasanya sebelum kami masuk office masing-masing, atau ketika kami berhubung melalui wassap.

Hahah office atas bawah pun still berwassap. Sesekali dia main mata dengan aku pun, bila dia turun ke office aku pun still kena sakat. Sebenarnya ni lah love language antara kami.

Apa yang aku nak kongsi sebenarnya ialah perlakuan itu turut menjadi ikutan anak-anak. Sebelum ni dorang tak pernah pun sebut  I love u, I miss u. Bila dengar daddy selalu sebut, mereka pun ikut sebut juga.

Betulla kata orang, perlakuan ibu bapa akan mudah diikuti oleh anak-anak.

Sunday 17 February 2019

Batal Wudhu

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Waaaa...aduiiiii," menjerit kami berdua seperti terkena renjatan elektrik.

Kononnya sambil mengacah. Bila kedua-dua berhati-hati, ketika aku henda mengangkat kaki dia pula terletak kakinya .

Masing-masing tergelak besar. Seri katanya. Dua-dua kena ambil wudhuk semula.

Betullah seperti yang pernah aku baca. Antara tip mengerat kasih sayang suami isteri ialah bergurau senda ketika suami atau isteri dalam keadaan wudhu.

Tapi kata suami, Allah itu adil. Sebab itu digalakkan berjemaah suami isteri. Bila masing-masing dalam keadaan wudhu, dan salah seorang nak bergurau senda bila terbatal keduanya kena ambil air sembahyang semula.

Tapi janganlah kerap sampai boleh naik angin pulak salah seorangkan. Heheh. Cubalah tip lain pula.

Tuesday 22 January 2019

Tip Suami isteri

Tek : Anys Idayu Zakaria

Haritu dalam SinarFM, DMFK ada berkongsi tentang tanggungjawab pada satu soalan pemanggil mengenai tanggungjawab seorang suami membantu isteri di rumah.

Kita sebagai isteri jika mahu suami menolong kerja-kerja rumah, kita senaraikan tugas apa yang kita buat di rumah.  Kemudian duduk dan bincang bersama.  Dengan penuh rasa lemah lembut, kita minta suami pilih mana satu yang beliau rasa boleh dilakukan.

Macam aku awal-awal perkahwinan memang aku ada sebut minta suami tolong di rumah. Contoh minta dia buang sampah, tolong jemur baju dan tolong lipatkan baju. Dan bila dia dengan rela hati menjawab, "tak pe, jangan risau saya tolong buat semua yang itu." Aku menghela nafas lega.

Tapi yang penting kita sebagai isteri memang kena ingatkan suami sentiasa.  Maklumlah sedangkan melayu pun mudah lupa. Inikan pula suami kita. Ada masa-masa beliau sendiri mudah lupa juga apa tugas mereka di rumahkan.

Kalau nak ingatkan suami tu, janganlah dengan nada marah-marah. Biasa aku akan cakap macam ni, esok pagi nak kena buang sampah. Nanti tolong ye. Bila tiba esok pagi, kita cakap lagi. "Sayang, sampah nak buang tau jangan lupa." Tak perlulah kita sendiri rasa, ahhh biarlah. Biar dia ingat sendiri. Nak tengok dia ingat ke tak. Haiiii kalau gitu, bila suami terlupa je pasti kita akan rasa geram dan sakit hati.

Satu lagi inisiatif aku nak cuba ingatkan suami tolong lipat baju. Aku letak bakul baju berdekatan dengan tempat kami solat. Mudah jika bakul penuh baju dia akan nampak.  Dan biasanya lepas kami selesai solat, dia akan sambar bakul tersebut dan lipat baju. Nampak tak situ aku bolehlah tersenyum riang. Hehehe

Ulang DMFK lagi, suami yang membantu isteri menjalankan tanggungjawab dan hal-hal di rumah serta membantu menguruskan anak memang beliau sangat-sangat salute. Seorang suami yang baik. Dan bukanlah kerana kena queen control.

Alhamdulillah dan memang ada masa-masa aku dah tak perlu lagi ingat suami, kerana dia sendiri akan ingat apa yang perlu dilakukan. Bila suami tolong, kerja kita bertambah ringan. Kita pun buat kerja lain dengan hati gembira kan. Barulah betul cinta dan tanggungjawab itu melahirkan kebahagiaan. #tipsuamiisteri

Friday 14 September 2018

Jangan Sesekali Berhenti Bercinta

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dok scroll FB aku terbaca satu posting dari King Of Bawang Republic Jaapar Qhuntom, "setiap pasangan kalau boleh satu atau dua kali dalam sebulan keluar dating berdua dan pergi keluar jalan-jalan atau pergi menonton wayang. Jangan sekali-kali berhenti bercinta."

Sambil  membaca komen-komen pada posting King aku teringat soalan lebih kurang macam ni aku pernah tanya pada bakal pasangan aku. Lepas kita kahwin ni macam mana cara untuk kita berdating berdua tanpa bawa anak. Almaklum kami ada 4 orang anak dah nanti ni.

So jawapan si dia, kita berdating hari biasa. Dua minggu sekali. Atau sebulan sekali. Hari biasa tu hari kerja. Maksudnya kita ambil separuh hari atau cuti. Sebulan cuti sekali tak kan tak boleh cuti kan.

Jawapan yang memuaskan hati aku. Kalau dulu aku sayang nak cuti, so lepas kahwin nanti ofcos la kena cuti untuk pupuk kasih sayangkan. So korang yang dah lama tak berdating tu boleh la cuba apply.

Thursday 13 September 2018

Pesanan Untuk Isteri

Peringatan untuk diri sendiri

( Isteri zaman sekarang abaikan suami tanpa sedar. )

Pesan Dr. sheikh Khaleel Ismael Elias utk para isteri dan suami..

Nilai suami di hadapan isteri

Secara ringkasnya, syeikhuna mnyatakan tentang kepentingan dan martabat seorang suami di hadapan isterinya.

Tabiat perempuan kebiasaannya, apabila sudah berkeluarga dan mempunyai anak, mereka akan lebih memberikan tumpuan kepada anaknya daripada suaminya, secara tidak sedar yang dia kurang perhatian terhadap suaminya.

Dan perkara ini akan disedari oleh isteri apabila anak2 sibuk dengan keluarga mereka sendiri, dan apabila suami telah meninggal.

Dari situlah si isteri sedar bahawa suaminya itu yg paling bernilai dalam hidupnya. Oleh itu, syeikhuna menasihati para2 suami supaya mengajarkan perkara ini kepada isteri mereka dengan lemah lmbut, dgn melebihkan suami drpd anak2...

Tidak salah mnumpukn perhatian kepada anak, namun jgn disisihkan suami disebabkan anak2, kerana anak2 akan meninggalkan kita, dan yg hanya tinggal adalah si suami yg sanggup menemani isterinya dlm hidup...

Wallahu A'alam

Pesanan dari :
Penasihat syariah Raffelinna Sdn Bhd
Prof Dr Syeikh Khaleel Ilyas.

Friday 31 August 2018

Tiada Wanita Yang Sempurna

Wahai LELAKI !!!
.
Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.
.
TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja <3

#copypaste

Tuesday 12 June 2018

Sesekali Perasaan Itu Perlu Dipamerkan

Hari ini, kesemua empat anak aku tinggal kat rumah. Aku ajak orang rumah keluar kononnya cari baju untuk baby Aryan.

Berdua kami berpimpin tangan ditengah bandar, dicelah ribuan orang. Tangan ini aku genggam erat. Ini tangan insan yang menemani susah senang aku sejak 9 tahun lalu.

Sebaik melintas depan kedai emas, aku tarik tangan ini masuk. Seakan tidak percaya dia, terpaku di depan pintu utama. 9 tahun, entah berapa ratus kedai telah kami masuki bersama-sama.

Namun ini kali pertama aku pimpin pemilik tangan ini dengan rela memasuki sebuah kedai idaman wanita.

"Masuklah. Pilih awak suka yang mana. Nak cincin ke, gelang ke, rantai ke. Ambil saja."

Awalnya dia hanya memilih cincin. Aku dapat agak pemilik tangan risau dengan angka yang bakal keluar jika memilih gelang atau rantai leher.

"Tengoklah gelang. Cincin awak dah banyak tu."

"Boleh ke bang?"

Aku hanya senyum dan angguk kepala. Satu pilihan dia berkenan, diambil dan timbang. Keluarlah empat angka yang boleh tahan juga.

Semasa penjual ingin menulis resit, aku perasan insan ini memerhati seutas rantai leher penuh minat.

"Yang mana?" soalku.

"Eh, biarlah bang."

"Ambil yang tu tengok," ujarku pada penjual.

Riak muka gembira dan serba salah serentak pada wajahnya. Dicuba dan dia berkenan sekali. Maka aku pinta penjual timbang dan tulis harga.

Empat angka keras keluar hingga aku pun telan air liur berkali-kali.

"Bang. Cancellah gelang. Trade in sekali rantai saya ini. Kita ambil seutas rantai ini cukuplah," bisik insan ini perlahan.

"Tak apa. Tak apa. Ambil dua-dua. Jangan ditolak rantai lama. Barang emas ni tak rugi simpan banyak," ujarku.

Si dia berdiri kaku. Sebak dan terharu terpapar diwajahnya. Lantas tangannya menggenggam erat tangan aku.

Dan kami, berpimpin tangan keluar kedai. Mencari baju untuk anak pula. Tangan ini menggenggam erat tanganku. Bibir diketap berkali-kali menahan air matanya dari gugur dan membasahi wajah.

Isteri sebenarnya bukanlah minta dibeli itu ini. Cukuplah mereka rasa dihargai.

Emas dan hadiah bernilai tinggi itu bukan menggambarkan tingginya kasih yang ada. Bagi orang berada, semua itu bagai tiada nilainya.

Hadiah mahal tanpa nilai kasih hanya menjadi hiasan tanpa perasaan.

Namun jika setiap titis peluh dan keringat yang disorok, segala penat yang disembunyi, setiap helai not yang disimpan, hanya untuk mempersembahkan sebuah penghargaan pasti sangat memberi kesan pada yang tercinta.

Lelaki. Jarang mempamerkan perasaan. Dalam layanan tanpa acuhnya ada sayang. Dalam marahnya tetap ada kasih yang mendalam.

Sesekali, perasaan itu perlu dipamerkan. Samada melalui ungkapan, tindakan, perlakuan atau penghargaan.

Sesekali, rasa itu perlu dipersembahkan.

Untuk anak-anak, aku sanggup korban segalanya.

Untuk dia, aku persembah nyawa.

#MFS
- Moga cinta mekar hingga ke syurga -

.

Thursday 7 June 2018

Rai Pengorbanan Isteri

"Mahal la baju tu. RM150 sepasang. Pilih yang RM50 sudahlah!"

Keras seorang lelaki meninggikan suara pada isterinya yang meminta beli sepasang baju kurung untuk raya.

Si isteri patuh. Menunduk malu pada mata-mata yang memandang. Walau dihati berkenan, namun suami tidak izinkan.

*******

Jam empat pagi, lampu dapur dibuka. Sebatang tubuh halus mula memegang senduk dan kuali. Berperang dia dengan bawang dan api.

Tengah goreng ikan, si kecil menangis. Api diperlahankan, berlari dia ke bilik bersama botol susu pula. Sempat didodoikan seketika sebelum kembali beraksi didapur semula.

Jam lima pagi, dia mula kejut anak-anak yang mula belajar berpuasa. Akhir sekali baru sang suami yang berdengkur tak henti-henti.

Tabah dia memujuk anak, gigih dia mengejut si bapak.

Makanan panas tersedia. Nasi pula disenduknya. Air pun masih berasap. Maka makanlah mereka sekeluarga sebagai bekal untuk terus kekal bertenaga.

Usai sahur, suami ke beranda cucuh rokok main telefon sementara tunggu waktu subuh.

Dia pula mengemas pinggan mangkuk, basuh mana yang patut.

Azan berbunyi, bergegas dia kejutkan anak-anak bangkit solat. Itu kewajipan, wajib atas si si ibu dan bapa mendidik anak supaya sentiasa patuh suruhan Tuhan.

Suami kembali berdengkur, dan dia mengutip pula kain baju. Basuh dan jemur. Dalam bakul, banyak kain belum berlipat. Luang masa pula lipat mana yang sempat.

Jam 9 pagi, matanya tak mampu tahan lagi. Maka direbahkan badan, ingin rehat sekejap. Baru sahaja terlena, anak kecil bangun menggongcangkan badan.

Pampers sudah penuh, perut si anak lapar. Bangunlah perempuan ini tunaikan kewajipan. Walau masih penat dan mengantuk, dia terpaksa tahan.

Tengahari, mop lantai pula. Kejut suami solat Zuhur dan ajak ke pasar untuk beli barang mentah. Pulangnya dari pasar, urus anak lagi. Kemudian berperang pula di dapur untuk siapkan juadah berbuka.

Lepas Maghrib, dikala anak-anak bermain di ruang tamu dan suami ralit tengok berita, tugasnya belum habis di dapur.

Habis tugas di dapur, tugas menguruskan anak-anak pula menanti. Kemudian kemas rumah lagi, lipat pula baju yang masih berbaki. Lewat malam, baru badan dapat direbahkan.

Jam empat pagi, rutinnya kembali.

Hebat seorang perempuan bergelar isteri dan ibu ini. Hebat sekali.

Maka jika setahun sekali si isteri minta beli persalinan yang elok, cubalah tunaikan wahai suami.

Bukan dia minta hari-hari. Hanya untuk hari istimewa sahaja. Jika setahun sekali pun berkira, apa lagi nak dikata.

Tidak terbayang segala pengorbanan. Tidak terungkap segala lelah penat. Tidak tertulis segala jasa dan bakti mereka.

Cubalah raikan mereka sekali sekala. Jika tidak mampu, usah malukan mereka dikhalayak ramai. Cakap elok-elok, bisik perlahan-lahan.

Bacalah tulisan aku ini dengan mata hati. Kemudian cubalah untuk mengerti.

#MFS
- Satu kisah di suatu malam bulan Ramadan -

Wednesday 6 June 2018

Hargailah Perasaan Seorang Isteri

Di hujung kampung, terlihat seorang guru wanita tua, bersama sekumpulan anak muridnya, bersiap-siap pulang dari mengaji. Bila hampir kesemua anak muridnya beransur, ustazah tua ini duduk termenung di tangga rumahnya.

Salmah (bukan nama sebenar), yang waktu itu sebagai anak muridnya, masih duduk di atas basikalnya, tertanya-tanya.

- "Ustazah… Anak ustazah tak balik kampung ke tahun ni?"

Redup ustazah ini menjawab,

"Sebelum ini, memang ya, dia dan famili tiap-tiap tahun mesti balik. Cuma tahun ini..."

- "Kenapa, ustazah?" Salmah ragu-ragu.

"Mungkin... tahun ini..  saya tidak akan bertemunya lagi..." lantas tumpahlah airmatanya.

Ustazah bercerita panjang,

"Di saat saya miliki seorang menantu, memang seharusnya saya sayangi dia seperti anak sendiri. Tapi, ada sekali tu, kami berselisih faham, tidak lagi bahagia seperti dulu."

"Saya berikan sepenuh kasih sayang pada anak lelaki saya, tetapi tidak pada isterinya. Kerana, saya tak pernah bersusah-payah melahirkannya (menantu), saya terlupa memberi nilai yang sama padanya."

"Sedangkan, jauh pengorbanannya dalam menjaga anak saya. Kasih sayang yang dia berikan demi suaminya dan cucu-cucu saya."

"Sejak kecil dibesarkan oleh ibubapanya dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba dia TERPAKSA-rela, meninggalkan kedua orang tuanya."

"Semata-mata demi amanah bernama isteri. Demi mengabdi pada anak lelakiku, sampai ke hujung nafasnya."

"Tidak ada manusia yang buat kesilapan. Saya juga seorang manusia. Yang dulu datangnya sebagai menantu tidak sempurna. Tapi saya terlupa ini semua."

"Kini saya menyesal."

***
Begitu banyak yang kita pelajari dari Ustazahku ini. Siapa sangka, seorang ibu mertua sering terlepas pandang mengenai perasaan yang dialami anak menantu perempuannya.

Sedangkan, dia juga pernah menjadi anak menantu perempuan kepada ibu mertuanya.

Wahai mertua…

Hormatilah anak menantumu yang perempuan.

Kerana kalian tidak pernah mengandungnya. Menyusuinya. Apatah lagi menghantarnya ke sekolah.

Namun, anak perempuan itu rela meninggalkan kedua orang tuanya.

Mengabdi diri pada anak lelakimu, sampai mati.

Demi anak-anak kepada anak lelakimu, dia berputus urat, bersangkut nafas, demi kandungkan cucu penyambung generasimu.

Rumah mertua,

Bukan perkara mudah untuk seorang wanita “hadir” ke dalam rumah ini. Yang dihuni sebuah keluarga yang baru.

Asing. Begitulah yang dirasainya seawal waktu.

Kena pula sesuaikan diri, semata-mata untuk hidup bersama dengan keluarga yang baru dia kenalinya.

Bukannya semudah itu.

Sering berlaku perselisihan faham. Rontak. Sedih. Ketidak-sefahaman dalam bermacam hal.

Dan anak perempuan ini, masih terus bertahan. Demi seorang lelaki yang dicintainya.

Walau di hatinya sentiasa tertekan, terhuyung-hayang ke sini sana.

Wahai para lelaki,
sedarlah,

Rumah ibu bapa isterimu, adalah tempat paling nyaman yang dia huni sedari kecil.

Ditatang minyak penuh, ditampar nyamuk yang bersinggah, isterimu dijaga penuh mulia sejak kecilnya.

Hanya demi mentaatimu, akur akan bimbinganmu, demi bahagiakan kamu, para suami.

Dia berharap dengan sepenuh hati, supaya kamu para suami, menjadi pengganti orang yang pernah melindunginya dulu.

Yang menjadi tempat kedua terdamai, selepas dia meninggalkan rumah ibu bapanya.

Tidak ramai suami yang memahami akan hal ini. Atau seolah tidak mengerti selama ini.

Maka hargailah setiap inci perasaan isterimu. Dibelai, dijaga, tidak disakiti.

Kerana sesungguhnya, kedua-dua orang tuanya punyai sebab terkuat nikahkan kamu dengan anak perempuannya…

Iaitu, supaya kamu mampu bahagiakannya. Sampai syurga.

Pulanglah
ke rumah orang tuamu,

Kerana di situ,
Adalah rumah kedua ternyaman buat pasanganmu,
selepas rumah orang tuanya.

Yang benar,
Al Irfan Jani

**********************
Simpan sini untuk peringatan semua yang sudi singgah di sini. 😍😍

Tuesday 29 May 2018

Tip Kebahagiaan Suami & Isteri

Sepuluh tips kebahagian suami isteri. Perkongsian  Ustaz Abu Sufyan.

1. Makan bersuap. Suap isteri kita makan, asing isi bg lauk yg bertulang, amik hidangan yg jauh utknya.

2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami.

3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.

4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau sesekali suruh isteri rehat kita yg masak lauk istimewa.

5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku atau kitab.

6. Kemas rumah, lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yg patut.

7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. Insyaaallah seluruh hidup isteri akan berseri pagi tu.

8. Peluk dari belakang sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sink.  Bisik kat telinga "Jazakillahukhairan sayangku."

9. Berkongsi gelas yg sama utk minum/berbuka puasa.

10. Selalu mandi bersama. Gosokkan daki, scrubkan badan, syampokan rambut.

Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas-batas yang dibenarkan syara'.

Inilah sebahagian usaha untuk kita buat yg terbaik utk isteri-isteri kita. Seperti kata Nabi Sallallahu alaihi wasallam

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap istriku” (HR. Ibnu Majah)

Semoga bermanfaat.

Ok kita simpan tips ni, supaya mudah nak ingatkan kekasih hati bila tiba waktunya.