Saturday 27 May 2017

Ramadhan Sudah Tiba

Tek : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah syukur menjejak Ramadan kali ini. Tahun kedua menyambut Ramadan sendiri. Apapun aku tetap bersyukur masih ditemani kakak, ma dan abah.

Tiada bezanya 10 tahun lepas. Mujurnya tiada kenangan indah tercipta ketika Ramadan bersama dia. Jadi hati aku tidaklah terusik mahu mengimbau memori itu. Hahah ok sudah tak mau feeling-feeling sedih sangatlah.

Ramadankan masa untuk tambah amal dan ilmu. Baik fikir diri sendiri daripada menyingkap memori lama yang pahit. Kahkah.

Sibuk-sibukkanlah diri kita untuk melakukan ibadah. Hadirkan keinginan untuk menjadi hamba yang bersyukur. Semoga Ramadan ini menjadi landasan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.

Subhannallah. Ramadan sudah melambai-lambai!

No comments:

Post a Comment