Wednesday 23 August 2017

Sedekah

Tek Anys Idayu Zakaria

Haritu aku ada tempah kuih dengan seorang Makcik di pejabat. Untuk jamuan makan-makan lepas majlis bacaan yasin.

Aku seboleh-boleh mahu tahu harga. Makcik tu pun berdalih-dalih mahu siapkan dulu kuihnya. Jadi akhirnya aku mengalah.

Keesokkan harinya bila aku sampai di pejabat, kuih yang ditempah sudah ada di atas meja. Seharian juga aku mencari Makcik itu untuk membuat bayaran.

Sibuk-sibuk dengan kerja, kebetulan dia juga tak lalu di situ, akhirnya keesokkan hari baru kami berjumpa. Sebaik aku bertanya harga dan mahu memberi duit bayaran kuih tersebut, makcik itu menolak.

Katanya tak usahlah bayar. Dia ikhlas. Bukan selalu pun. Jadi bila ada peluang macam nilah dia ambil, untuk bersedekah. Sambil buat lebih untuk makan-makan, dapat juga tambah pahala.

Kalau aku tempah untuk mesyuarat dia akan ambil upah. Tapi untuk bacaan yassin biarlah dia pun sama-sama boleh tanam saham di sana.

Allahu, terdiam aku. Aku belajar sesuatu pagi itu. Moga Tuhan sentiasa murahkan rezeki Makcik sekeluarga.

No comments:

Post a Comment