Wednesday 23 August 2017

Tip Hadapi Masalah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam menempuh ujian kehidupan, aku pasti setiap orang punya cara tersendiri untuk mengatasinya. Ini antara apa yang aku pernah praktikkan.

1. Aku tak pernah jadikan masalah sebagai halangan utama untuk berdiam diri, rasa down atau rasa tersisih. Beban masalah sentiasa menjadi faktor utama untuk aku terus kuat berusaha dan melawan.

2. Aku selalu semat dalam hati, ada lagi orang lain punya masalah lebih hebat berbanding diri aku yang hanya baru sikit-sikit Tuhan uji.

Bersyukur setiap masa. Bila ada masalah kewangan, bersyukur sekurangnya anak-anak masih sihat. Kita masih lagi dapat beli keperluan makanan, dan tempat tinggal yang aman dan selesa.

Aku sangat bersyukur, walaupun ada masalah dengan pasangan sebelum ni, sekurangnya ujian tersebut hanya aku seorang yang menanggungnya. Tuhan bagi kesihatan yang baik kepada aku dan anak-anak. Aku masih diberi kekuatan untuk bekerja dan menjalankan bisnes.

3. Kerana masalah itu menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Menjadikan aku kuat untuk menghadapinya. Hubungan dengan Tuhan perlu dijaga. Tahajud, dhuha, baca Al Quran, sedekah cuba istiqomah setiap hari.Buat tak kesah banyak atau sikit. Latih dan paksa diri.

4. Tak perlu mengadu atau bercerita dengan orang lain. Cara aku untuk kurangkan tekanan memang aku mengadu terus dengan Tuhan.

Aku akui hampir semua tak dapat kesan masalah yang aku hadapi. Aku tak pernah menangis dan bersedih depan orang. Tipu sangat kalau aku tak menangis. Memang sedih dan berat untuk ambil keputusan dulu. Tapi aku kena kuat untuk masa hadapan akan datang.

5. Bila keluar dari rumah, aku tinggalkan masalah tersebut. Aku tak pernah semakkan kepala  dengan apa yang berlaku. Masa buat kerja dan bisnes tak pernah sikit pun aku fikir masalah itu. Tak payah sibuk-sibuk nak cari jalan penyelesaian bila kita tengah buat sesuatu perkara lain. Lupakan seketika. Let it go bak kata Kartun Frozen tu.

Memang orang akan kata payah. Kalau lupakan macam mana nak selesai. Pada aku lebih payah kalau asyik fikir masalah yang belum jumpa jalan penyelesaian. Duk fikir setiap masa, kerja lain kita tak boleh buat.

6. Buat sesuatu yang kita suka buat. Macam aku suka online. Bila masa online, selain urusan bisnes aku akan tersenyum bila baca status-status rakan, atau sesuatu kelakar. Aku suka baca membaca. Jadi aku tukar bahan bacaan berbentuk motivasi dan membina kekuatan serta semangat.

7. Dulu aku memang tinggalkan terus sesuatu yang akan mengingatkan aku pada masalah tersebut. Antara yang aku tinggalkan hampir 2 tahun lebih ialah membaca novel. Bila baca novel gambaran kisahnya semua yang indah-indah. Jadi kita akan mudah rasa down dan cepat sedih.

Sekarang hobi membaca novel dah boleh diteruskan semula. Novel yang dulu melambak dah hampir habis aku baca. Baru semalam aku sambar lagi novel baru. Haha.

8. Apa yang penting, teruskan kehidupan seperti biasa. Sentiasa berdoa semoga Tuhan hadirkan bantuan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

Aku doakan kau yang sedang hadapi masalah hati, kehidupan, atau masalah dengan pasangan hadapilah dengan tenang. Usah bawa masalah ke tempat lain. Kalau rasa nak cerita, ceritalah dengan mereka yang betul-betul boleh membantu.

Lambat atau cepat, hanya Tuhan yang menentukannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian yang diberikan.

Aiz.
Terima kasih Tuhan kerana beri aku kekuatan menempuhnya satu masa dulu.

Nota kaki : Entri ni sebenarnya aku dah pernah tulis. Tapi repost dan tambah lagi.

No comments:

Post a Comment