Friday 5 October 2018

Panjangnya Nama Anak Dia!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Sufian.

Sikit punya panjang nama. Nama anak aku Raisha Qasrina binti Mukri Adi. Ni pun dia ambil masa nak belajar tulis sendiri. Nak ingat bagai. Tu pun terkadang minta nak tulis Raisha je, penat nak tulis panjang katanya.

Orang kata terbelit lidah nak jawab. Siaplah nanti nak kahwin, pengsan pengantin lelaki dok hafal nama pasangan tu. Yang tu aku tak de heran sangat. Kalau dah namanya sayang, sampai berbuih laa ko hafal nama tu nanti kan. Tok kadi menyebut tu pun, memang orang dewasa macam kita ni tak de apa la sangat. Yang aku kesian kan bila si anak ni mula sekolah. Mula belajar nak menulis nama sendiri. Bimbang ada je nama yang tercicir tulis nanti.

Bertabah la wahai anak, kerana namamu yang sangat panjang tu. Moga cepatlah ingat menulis nanti bila sudah mula sekolah ya.

No comments:

Post a Comment