Thursday 14 March 2019

Suami Isteri Siapa Yang Bertanggungjawab Menjaga Siapa

Tek : Anys Idayu Zakaria


Dia : Sayang, tengok tak kenapa Wawa Zainal dan Hanis Zalikha tu cantik berseri.

Aku : Kenapa? Tanya macam musykil. Dalam hati mesti minat mereka sebab tu puji cantik.

Dia : Perasan tak, husband dorang kan bagi kasih sayang sepenuhnya. Tengok dalam IG tu sweet-sweet je.

Samalah macam sayang. Saya bagi kasih sayang sepenuhnya pada cinta hati ni. Sebab tu laa Ummi di Taska Raisha tadi tanya kenapa muka sayang flawless berseri-seri. Itulah rahsianya. hehehehe


Kawan, dalam konteks rumahtangga ni usah digaduhkan siapa yang menjaga siapa. Isteri sudah semestinya menjaga suami, dan suami pula sewajibnya menjaga isteri.

Tak kiralah tanggungjawab berbentuk nafkah, kasih sayang, pertolongan, pujian, atau apa sahaja semuanya perlu saling memberi.

Satu ketika dulu, kerana kemusnahan rumahtangga pertama aku berjanji dengan diri sendiri jika ditakdirkan aku berkahwin semula, aku mahu menjaga suami dengan sebaiknya.

Menjaga makan minum, pakaian, keperluan, kasih sayang atau apa sahaja keperluannya. Mungkin dulu aku juga ada salah sendiri. Jadi untuk kali kedua aku perlu berusaha menjadi isteri yang terbaik.

Si Dia juga setakat ini alhamdulillah tak pernah culas memanjakan aku, menjaga aku sebaiknya.

Orang kata bila kita dah kahwin semula masing-masing sudah belajar dari kesilapan. Untuk perkahwinan kedua pastinya mahu berikan yang terbaik.

Begitulah kawan. Tak semestinya perlu melalui proses kedua. Yang pertama itulah sebenarnya yang terbaik kita harus berikan. Semuanya terletak di tangan sendiri, baik isteri mahupun suami.

Saling menjaga, saling berkasih sayang, saling memberi. Maka harmonilah dan bahagialah rumahtangga. #SICircle

No comments:

Post a Comment