Monday 11 March 2019

Tip Atasi Stress

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam menempuh dugaan hidup ini, aku juga tak lari dari hadapi masalah. Yang paling memberi kesan pada aku ketika hadapi masalah rumahtangga beberapa rahun lepas. 

Masalah dan stress ini memang cukup membebankan. Tapi yang pasti setiap orang ada cara tersendiri atasinya. 

Ketika rumahtangga aku dipukul badai hingga berkecai semuanya, ini antara cara untuk aku tangani stress. 

1. Beban masalah sentiasa menjadi faktor utama untuk aku terus kuat berusaha dan melawan. 

Sebenarnya aku malu kalau orang tahu aku ada masalah. Jadi aku simpan erat dalam hati. Ketika itu, aku langsung tidak pernah berkongsi dengan sesiapa pun. 

Aku memang tak nak orang tahu masalah aku. Bila orang tahu, orang akan mudah kesian. Bila orang mudah kesian, akan lebih buatkan aku rasa sedih, kecewa. 

2. Aku fokus betul-betul pada apa yang aku lakukan. Contohnya jika aku keluar rumah, langsung aku tak fikirkan masalah tersebut. Letak terus di rumah. Umpama macam ikut flow je apa yang akan berlaku hari-hari seterusnya. 

Tapi yang pasti aku memang suka keluar. Aku jarang berjalan dulu. Tapi keluar yang aku maksudkan aku enjoy pergi kerja, pergi kelas hujung minggu. Aku enjoy berbisnes. Semua ni akan lupakan aku pada masalah. Bila masa online, selain urusan bisnes aku akan tersenyum bila baca status-status rakan, atau sesuatu kelakar. 

3. Aku memang akan menangis. Tapi bukan depan orang. Kerana masalah itu menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Aku bercakap dengan Tuhan. Lepas solat tahajud, taubat, istiqorah dan hajat aku akan mengaji. Masa inilah aku menangis sepuasnya. Memang sungguh-sungguh aku menangis. Sampaikan aku sudah tak pandai menangis bila berlaku pergaduhan atau selisih faham.

Memang orang akan kata payah. Kalau lupakan macam mana nak selesai. Pada aku lebih payah kalau asyik fikir masalah yang belum jumpa jalan penyelesaian. Duk fikir setiap masa, kerja lain kita tak boleh buat.

4. Aku suka baca membaca. Jadi aku tukar bahan bacaan berbentuk motivasi dan membina kekuatan serta semangat.

Aku suka simpan mana-mana bahan bacaan atau kata-kata semangat. Bila down aku akan baca. 

7. Dulu aku memang tinggalkan terus sesuatu yang akan mengingatkan aku pada masalah atau kenangan.  Antara yang aku tinggalkan hampir 2 tahun lebih ialah membaca novel. Bila baca novel gambaran kisahnya semua yang indah-indah. Jadi aku akan mudah rasa down dan cepat sedih. Menangis. So hobi tu aku terpaksa lupakan sementara. 

Tapi sekarang, makin rancak membaca novel. Sebab tak ada masalah berat yang nak difikirkan. 

8. Menulis juga terapi untuk aku hilangkan stress. Tapi biasanya ia diolah pada bentuk yang lebih positif. Aku hanya tulis tanpa letak di mana-mana. Hanya sekadar untuk simpanan. Jadikan ia sebagai diari luahan. 

9. Apa yang penting, teruskan kehidupan seperti biasa. Sentiasa berdoa semoga Tuhan hadirkan bantuan dan jalan penyelesaian yang terbaik.
 

No comments:

Post a Comment