Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Thursday 5 July 2018

Papan Impian 2018

Tek : Anys Idayu Zakaria


Seminggu dua ni melintas je di FB tentang papan impian (dream board).  Aku pun teruja juga nak buat yang sendiri punya. Sebelum ni tulis impian hanya dalam buku, tulis dan baca je setiap hari.  Kali ni aku buat papan impian 2018 siap dengan gambar sekali.

Doakan semoga impian aku tercapai dan dipermudahkan untuk ke arah mencapai matlamat tersebut. 

Saturday 9 June 2018

Berhenti Menyalahkan Orang Lain

Tek : Anys Idayu Zakaria

Jika masih mahu menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri, lebih elok diam dan muhasabah diri. Dari terus menjatuhkan kesalahan atas bahu orang lain hanya kerana hati masih belum dapat menerima hakikat kehidupan.

Semakin kita meniti hari-hari, seharusnya kita belajar menerimanya. Takdir hidup baik buruk masih berpihak pada kita kerana Tuhan itu tersangat adil. Hanya kita yang mahu menerima, mengubah atau melihat tanpa tindakan dan hanya pandai menyalak menjatuhkan hukuman pada orang lain.

Aiz.

Tuesday 29 May 2018

Caruman 2% KWSP untuk Suri Rumah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Minggu lepas heboh di FB, semua bagi respon berkaitan dengan cadangan kerajaan yang suri rumah ada ada potongan kwsp setiap bulan. Yang mana 2% dipotong dari gaji suami dan RM50 daripada kerajaan.

Memang aku sambut baik cadangan kerajaan potong 2% gaji suami untuk kwsp isteri. Suri hati yang buat kerja di rumah 24jam tanpa henti tu tak berkira, tak kan laa potong 2% pun nak berkira kot. Memang bagus sangat untuk suami yang culas-culas bagi nafkah. Biar padan muka tu.

Kalau boleh biarlah buat untuk semua isteri. Bukan untuk suri rumah sahaja. Kadangkala isteri bekerja, ada juga suami yang tak bagi nafkah. Sekurangnya dengan potongan 2% dari gaji suami tu, terbela jugalah nasib si isterikan.

Nak juga aku tergelak baca status-status yang mereka update. Kononnya para suami tak setuju sebab mereka yang penat lelah bekerja, tapi isteri pula boleh dapat bahagiannya. Ada pula yang takut rahsia terbongkar, katanya kalau jumlah potongan 4%, 6%, konfirmlah dipotong untuk isteri-isteri seterusnya. Ada juga pihak suami berjenaka, kononnya tak mengapa dipotong untuk isteri. Nanti bila sudah tiba masa pengeluaran wang tersebut diminta semula. Heheh macam-macam feedback yang mereka berikan.

Dalam Sinar semalam turut membincangkan isu ini. Rata-rata pendengar memberikan maklum balas yang baik. Cadangan seperti ini sepatutnya telah dilaksanakan lama dulu.

Aku berharap semua direalitikan kerana ni antara yang termasuk dalam 100 hari janji kerajaan baru yang memerintah.

Thursday 24 May 2018

Belajar Menghargai

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kita yang berhak memilih untuk bersikap tenang dalam menempuhi situasi kehidupan dan masalah.

Kita juga yang memilih untuk mensyukuri setiap nikmat kehidupan. Kadangkala kita sendiri lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Hinggakan bila hilang sesuatu yang berharga atau hilang insan yang kita sayang, kita baru tersedar dari mimpi.

Memang betul tak semua yang kita miliki akan kekal selamanya. Sekurangnya dengan bersyukur dan belajar menghargai kita akan terus dihargai dan semoga  memiliki kebahagian yang kita dambakan.

Saturday 19 May 2018

Feedback Rakan Penulis

Tek : Anys Idayu Zakaria

Untuk beberapa hari ini aku dapat jangka hati aku akan menjadi selembut tisu dan mudah tersentuh. Malam ni sahaja aku dah tersentuh dengan setiap komen dan feedback rakan penulis bila mereka mula baca kisah aku.

Nampaknya hati aku belum cukup kuat untuk membaca setiap ulasan mereka dengan tenang. Tetap ada tangis di hujung nya. Tetap rasa sedih menyinggah.

Sungguh untuk melupakan sesuatu kepahitan amat payah, walaupun ada kemanisan di akhirnya. Kuatlah hati, sebagaimana kuatnya aku melalui fasa kesedihan itu.

Saturday 7 April 2018

Kepercayaan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Sebenarnya seminggu lepas lagi aku nak tulis tentang kepercayaan ni. Bila rasa ada satu isu yang berlegar-legar di minda. Kebetulan baru habis baca novel, ada pula kaitannya.

Bukan isu besar pun, aku cuma macam pelik lelaki ni dia memang ada satu sifat agaknya, walau sayang macam mana pun ada benda-benda dia yang kita tak dibenarkan sentuh kot. Rasa aku berbeza dengan perempuan. Yup sangat berbeza. Sebab aku sendiri pernah lalui satu masa dulu.

Contohnya macam ni la. Lelaki boleh sesuka hati tengok phone pasangan dia. Tapi pasangan dia tak boleh sesuka hati tengok phone dia. Nak pegang sekejap pun dah suruh letak. Tapi dia skodeng semua isi kandung phone pasangan boleh pulak kan.

Nampak kan unfair nya di situ. Aku pun tak tahu nak cakap, semua lelaki macam tu ke atau segelintir je. Sebelum ni yang aku lalui macam ni. Jadi kadang kala nasihat aku pada kawan aku tu agak keras juga. Supaya dia tak rasa apa yang pernah aku rasa dulu.

Hahah pening juga aku tolong fikir untuk kawan aku ni. Dia tak suruh aku fikir pun. Tapi aku nampak isunya macam hilang kepercayaan.

Aku tak mampu nak tolong lebih. Hanya mampu pinjamkan telinga dan bahu untuk dia berkongsi masalah. Mungkin dengan luahannya, walau tak de banyak pun nasihat aku bagi dapat hilangkan tekanan yang dialami.

Dalam perhubungan, percaya sama pentingnya dengan cinta.

Kita akan menyintai pasangan sepenuh hati bila kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada pasangan.

Dan cinta akan hilang dan pudar bila kita mula tidak mempercayai pasangan kita.

Lebih kurang macam ni lah wording yang aku petik dalam novel Pelangi Untuk Ara. 3 hari settle baca. Bukan main pulun lagi.

Monday 26 March 2018

Sabarlah hati!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadangkala dalam hidup ini, apa yang kita impi dan harapkan tak semudah kenyataan yang perlu ditempuhi.

Umpama mengejar sesuatu yang belum pasti, tetap perlu kekuatan. Tetap perlu yakin apa yang diimpikan menjadi kenyataan.

Sememangnya jalan yang indah memang sukar untuk dilalui. Penuhnya dugaan yang perlu diharungi, hanya kesabaran dan doa mengatasi segalanya.

Sabarlah wahai hati. Semoga Tuhan sentiasa hadiahkan sesuatu yang indah itu untuk aku.

Monday 19 March 2018

Sibuknya

Tek : Anys Idayu Zakaria

Seminggu lebih rasa tak menjenguk FB. Tak ke mana pun. Belum uninstall pun apps FB tu, cuma rutin harian sedikit berubah sejak pertukaran tampok pemerintahan di pejabat bermula awal tahun ini. Maka berubah lah rutin yang aku lalui.

Waktu bekerja sangat padat, tanpa ada waktu senggang dan santai. Hanya sempat menjenguk sekejap-sekejap, tanpa sempat berfikir untuk update status.

Dah bertahun duduk di tempat yang sama, baru sekarang rasa sibuknya macam tak cukup masa je. Gara-gara ada je kerja dan arahan baru dari boss.

Mungkin ini lah rutin suri bekerja yang sibuk di pejabat. Bila sampai rumah, waktu malam rasa tak larat dah nak mengadap FB. Tapi kalau setakat pegang phone nak balas chat kekasih hati memang segar je mata ni. Heheh

Akhirnya mampu buka dan telaah FB hanya waktu cuti hujung minggu. Hahaha itulah agaknya banyak terlepas kisah viral kan. Kisah mak cik bawang sana sini. Dapat juga kurangkan dosa baca gossip je.

Thursday 1 March 2018

Ujian Kehidupan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Tuhan uji dan Tuhan beri sesuatu mengikut kemampuan hambaNya. Usah bersedih jika yang dimahu belum dimakbulkan. Usah terlalu rasa kecewa jika derita sentiasa melingkari kehidupan. Bertabar dan bersabar kerana Tuhan hadirkan ujian untuk kita yang mampu menempuhnya.

Selamat tinggal Februari. Bulan yang dulu memberi lebih banyak kedukaan. Nampaknya tahun ni lebih banyak kenangan dan memori manis yang disimpan.

Kenangan pahit tu sebenarnya bukan mudah pun nak lupakan macam tu je. Tapi perlahan-lahan aku cuba tinggalkan dan simpan dalam lipatan sejarah kehidupan.

Semoga yang baik-baik aje yang akan ditempuhi untuk masa akan datang, walau berat dugaan dan cabaran mampu dihadapi dengan tenang.

Tuesday 20 February 2018

Rindu

Tek : Anys Idayu Zakaria

Betul kata awak, rindu tu memang indah. Hanya yang merindui je faham perasaan tu.

Semoga kesabaran yang kita lalui, dianugerahkan kemanisan pada masa akan datang.

Sunday 18 February 2018

Mohon Kekuatan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Mencari bahagia bukan semudah yang disangka. Kalau dulu tak bahagia, dan sekarang nak bahagia tak semestinya Tuhan tu tak uji. Tetap ada ujian untuk dapat kebahagiaan. Cepat atau lambat je.

Ya Allah, kalau ni jalan untuk aku bahagia mohon Kau berikan aku kekuatan dan kesabaran menempuhnya.

Wednesday 7 February 2018

Selamat Hari Lahir awak!

Tek : Anys Idayu Zakaria
Nak wish besday sendiri seminggu lagi. So kita wish dulu besday untuk orang jauh yang sentiasa dekat di hati.
Selamat hari lahir awak. Saya doakan semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki. Diberkati selalu. Dan semoga tercapai semua hajat dan impian.
Dan terima kasih kerana sudi buka pintu hati awak untuk saya. Saya hargai sangat-sangat.

Thursday 1 February 2018

Terima Kasih Awak!

Tek : Anys Idayu Zakaria
Untuk kali ni memang khas ditulis untuk awak yang sudi dan suka baca tulisan saya di blog.
Terima kasih kerana sudi datang dari jauh semata untuk date harini. Dan juga bawakan senaskah novel yang masih dalam listing pencarian saya.
Saya doakan semoga ada pertemuan untuk seterusnya. Semoga kebahagiaan itu milik kita bersama.

Sunday 28 January 2018

Pilihan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam hidup perkara yang selalu kita lalui terpaksa buat pilihan. Benda yang paling aku tak suka sekali. Kerana bukan mudah untuk pilih yang mana paling baik, yang paling tepat dengan kehendak hati kita. Yang paling sesuai untuk kita.

Sebaik-baik perancang Allah swt. Serah hati sepenuhnya pada Dia. Mohon Dia tunjukkan pilihan terbaik, dan tepat.

Aku percaya, bukan aku seorang je susah nak buat pilihan jika kita ada beberapa pilihan yang semuanya terbaik menurut pandangan mata kita. Walhal yang paling baik tu Allah dah atur dan rancang pun. Kita je kadang kala lari dan menidakkannya.

Hidup tanpa perlu buat pilihan agaknya lebih mudahkan. Tak perlu sakiti hati orang lain, tak perlu sakiti hati sendiri. Bukan hidup pulak namanya kan.

Aku hanya mohon semoga apa jua pilihan yang aku buat mendapat restu Ma abah. Kerana hidup tanpa restu ni sangat perit. Seperit yang pernah aku lalui dulu. Semoga tak berulang lagi. Dan of course menggembirakan anak-anak. Memberi bahagia untuk hati aku sendiri.  Banyak pulak harapnya. Hahah. Semoga Tuhan permudahkan.

Friday 26 January 2018

Persimpangan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bila kita keliru dan berada dalam persimpangan, memang susah sangat nak buat pilihan.

So jalan terbaik serah sepenuhnya pada Tuhan. Dialah yang menentukan semuanya.

Dan terima setiap ketentuan itu dengan penuh keredhaan kerana pastinya perancangan Dia sangat cantik dan sempurna.

Thursday 25 January 2018

Gambar Family

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dua tiga hari lepas Raisha asyik minta gambar family. Cikgu di sekolah suruh bawa. So aku nak test Raisha dia tau ke sapa yang perlu ada dalam gambar family tu nanti.

Jawabnya, "Mama, kakak, adik, atuk dan nenek".

Dalam diam aku tarik nafas lega juga. Buatnya dia minta gambar yang ada papa dia, mahu jenuh aku nak tunaikan.

Alhamdulillah apa pun aku bersyukur juga. Kakak sudah faham situasi keluarga dia. Bila cikgu di sekolah tanya, dia sudah tahu nak jawab bagaimana. Yang kadangkala bila fikir semula aku tak tahu nak explain macam mana pada usia mereka sekarang.

Tapi yang pasti kenalah bagitahu perkara sebenarnya supaya mereka faham situasi yang Mama mereka lalui.

Wednesday 17 January 2018

Cikgu Blog pun Susah Maintain Menulis

Tek : Anys Idayu Zakaria

Busy tahap gaban. Lama dah rasa tak update fb, tak update blog. Fail la jadi cikgu blog macam ni. Sepatutnya tahun baru kena azam lagi rajin menulis. Ini dsh kelaut semua.

Wahai semangat datanglah. Bukan mudah nak bagi maintain sebenarnya. Tu yang bila student blog kata payah menulis, maksudnya betul lah tu. Cumanya sebab semuanya atas kita. So selit-selitlah masa. Bila lapang tulis sikit-sikit. Lama-lama penuh juga blog. Tak la berabuk sampai lupa alamat dan password untuk log in.

Thursday 4 January 2018

Sesi Persekolahan 2018

Tek : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah dah seminggu sekolah bermula. Baru perasan, nampaknya tahun ni tiada cerita anak naik sekolah. Juga tiada gambar hari pertama mereka di sekolah. Dan aku pun tak ambil cuti langsung untuk hantar mereka ke sekolah. Hanya cuti sehari sebelum sesi persekolahan di buka.

Sehari sebelum sekolah dibuka aku dah siapkan semua keperluan adik dan kakak. Mereka excited nak naik sekolah. Aku pun sebenarnya nebes juga. Risau. Lama cuti, takut buat perangai nak bangun pagi.

Hari pertama, tanpa cuti aku hantar kakak ke sekolah. Kakak pesan, kalau tak da ibu bapa tunggu, mama tak payah turun kereta. Turunkan kakak, jenguk dari dalam kereta, hanya anak-anak yang turun. Ibu bapa tak da yang menanti. Jadi tak perlulah aku turun.

Mungkin sudah tahap 2, jadi anak-anak sudah biasa. Tak perlu lagi ibu bapa hantar sampai ke depan kelas. Mereka sudah pandai berdikari sendiri.

Hari kedua sekolah, Raisha dah mula sekolah. Kononnya aku berhajat nak ambil separuh hari. Nak tunggu barang sejam di LC macam tahun sudah. Rupanya mudah juga. Ibu bapa hantar je anak depan pintu LC, cikgu dah sedia menanti untuk ambil anak-anak. Bai-bai, peluk cium cikgu bawa mereka masuk. Tak perlulah ibu bapa termasuk aku menunggu. Sampai nak balik pun anak menangis nak ikut.

Tiada sesi menunggu di sekolah. Maka tiadalah sesi bergambar. Hanya dengar cerita bila mereka balik sekolah. Pot pet pot pet duk bercerita apa yang berlaku sepanjang minggu pertama sesi persekolahan 2018.

Wednesday 3 January 2018

Bersyukur

Tek : Anys Idayu Zakaria

Belajar mensyukuri setiap apa yang kita miliki. Kerana satu hari bila kehilangan mungkin sukar memperolehinya semula.

Alhamdulillah syukur untuk nikmat kehidupan semalam. Hari ini dan yang akan datang. Moga yang baik-baik aje mengiringi perjalanan hidup kita.

Monday 1 January 2018

Selamat Datang 2018

Tek : Anys Idayu Zakaria

Selamat tinggal 2017 yang penuh dengan kenangan dan pengajaran. Tutup dengan penuh kesyukuran.

Terima kasih Tuhan untuk nikmat yang tak terhingga. Ada sesuatu keindahan di penghujungnya. Semoga ia terus manis dan kekal untuk tahun ini.

Alhamdulillah selamat datang 2018. Semoga segala impian dan azam tercapai. Semoga tahun ini lebih banyak memori indah dan kemanisan yang akan dilalui.

Assalamualaikum selamat pagi uolls!!!