Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Saturday 16 December 2017

Drama Syurga Kedua

Tek : Anys Idayu Zakaria

Menyesal pula rasa petang tadi dah tertengok drama Syurga kedua. Bukan main lagi aku duk melayan ulangan dari episod 1- 4. Mungkin gara-gara buka insta asyik tengok promo drama tu. Jadi teringin juga nak tonton.

Jenuh juga aku google. Mencari kalau drama ni mungkin diadaptasi dari novel. Tak jumpa pulak. Adaptasi dari sinetron Indonesia je. Geram pulak. Tu yang menyesal. Sapa suruh tengok. Confirm lepas ni terpaksalah follow episod seterusnya. Tak tengok rugi pulak rasa.

Terbayang wajah Dr.Vivy yang tulus, ikhlas sebagai isteri kedua. Wajah Sabrina yang begitu menyintai suaminya.

Harapnya aku tak lupalah nak follow episod seterusnya. Huhuh.

Sunday 10 December 2017

Mengumpul Kekuatan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Lamanya rasa tak menulis. Kalau stop. Nak mula semula memang rasa payah. Hopefully Tuhan bagi aku keazaman semula nak mulakan balik apa yang tertangguh.

Seumpama bukan mudah untuk mengumpul kekuatan. Yang sekejap ditiup angin. Sekejap tegak berdiri. Aku rasa lalang pun tak macam ni. Huhu.

Friday 8 December 2017

Salam Jumaat

Tek : Anys Idayu Zakaria

Simple formula untuk menikmati kehidupan. "Jangan pernah terfikir untuk mengalahkan semua orang. Cuba untuk memenangi hati mereka. Jangan pernah mahu mentertawakan orang lain. Tetapi bergembira dan berilah kebahagiaan kepada semua orang".

Assalamualaikum selamat pagi Jumaat.

Sunday 5 November 2017

Magnet Tarik Rezeki

Tek : Anys Idayu Zakaria

Pagi hari tadi sempat aku melayan Audio Magnet Tarik Rezeki di Telegram.

Apa yang ada dalam fikiran kita pasti akan terjadi dalam kehidupan kita. Law of attraction.  Kita perlu membelokkan apa yang ada dalam fikiran kita kepada yang lebih positif. Tukar atau switch cara kita berfikir.

Ganti dengan perkataan yang lebih positif. Penuh dengan Bahagia, gembira, kasih sayang, tenang, suka suka suka.

Jika berhutang dalam fikiran jangan asyik fikir hutang hutang hutang. Kerana jika asyik penuhkan layar fikiran dengan hutang selamanya kita akan berhutang. Sampai mati. Kapan mahu habis hutang hutang hutang.

Jadi kita tukar kepada AMANAH AMANAH AMANAH. Amanah datang untuk kita selesaikan. Tarik perkataan yang positif. Kaya kaya kaya. Penuh wang di bank.

Jom kita switch apa yang ada di fikiran kita kepada lebih positif. Biarkan layar pemikiran kita penuh dengan aura kegembiraan, kebahagian, cinta dan kasih sayang.

Friday 27 October 2017

Raptai Konvokesyen ke 59 UTM

Tek : Anys Idayu Zakaria

Detik kemanisan selepas menempuh penat lelah berusaha untuk memperoleh segulung Ijazah, adalah pada Hari Konvokesyen.

Hari ni raptai. Ahad pre convokesyen. Isnin hari sebenar untuk majlis konvo.

Nampak dah macam pre wedding pulak. Banyak betul sesinya. Kata sekali seumur hidupkan. Lain masa kalau ada rezeki untuk penganugerahan lain pula. Nebes pun ada eksited pun ye juga.

Doakan moga semuanya berjalan lancar ya.

Friday 20 October 2017

Filem Tombiruo

Tek : Anys Idayu Zakaria

Yeahh semalam aku berjaya meluang masa pergi tengok Tombiruo. Risau juga sampai habis filem takut tak sempat tonton. Sebab aku bukanlah kaki wayang sangat pun. Ok la sikit aku review filem tersebut. Untuk kau yang acah-acah nak tengok tapi belum berkesempatan.

1. Apa pun kalau tengok cerita yang diadaptasi dari novel, usah berharap sangat jalan ceritanya seratus peratus sama seperti novel. Pasti ada sedikit kelainannya. Novel vs filem.

2. Kalau yang belum baca novel, aku cadangkan tengok dulu filem supaya kau tak terbawa-bawa watak dan gambaran dalam novel. Dah tengok filem, baru baca novel. Lebih feel.

3. Jalan cerita memang sangat ohsem. Semua pelakon menjiwai watak mereka. Babak pergaduhan, hutan terbakar memang nampak real. Sound effect, gambaran semua memang best. Aku suka.

4. Hidupan flora itu bernyawa. Memang aku rasa feel lain macam bila tengok akar menjalar yang hidup. Memang ada rasa seram. Kalaulah tersesat dalam hutan gamaknya. Itulah orang tua-tua kata jaga mulut, jaga kelakuan bila masuk hutan.

5. Nabila Huda yang bawa watak Wan Suraya memang menjadi. Wartawan yang tak sabar nak dapat berita hangat. Geram pulak aku. Asyik nak halang pergaduhan je. Haha.

6. Part Tombiruo merenung Wan Suraya tu memang best giler. Ganas kau bila Tombiruo jatuh hati dengan Wan Suraya.

7. Agak kecewa juga tak dapat tengok muka Zul Ariffin @ #Ejim yang hensem tu. Memang watak beliau pakai topeng sepanjang filem. Apapun Ejim memang sado habis. Hahhaha.

8. Walaupun hampir keseluruhan jalan cerita mengambarkan pergelutan, serangan bertubi-tubi, tapi masih memaparkan kisah kasih sayang sesama makhluk.

Aku bagi 9 bintang untuk filem Tombiruo. Ulang tengok pun tak boring.

Aiz.
Cinta dan kasih sayang amat bermakna.  Sangat bererti pada semua insan. #Tombiruo #Penunggurimba #Ejim

Sunday 8 October 2017

Rindu

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bila kita selalu berbual dan bercerita dengan seseorang, satu ketika bila orang tu menyepi pasti kita akan merindui dia kan.

Rindu nak berbual. Rindu nak tanya khabar. Rindu nak berkongsi cerita. Rindu tak semestinya untuk orang yang berkasih. Dalam persahabatan, kita tetap rindukan seorang kawan dan teman berbual.

Aiz.
Status untuk kau yang pernah layan aku berbual satu masa dulu.

Wednesday 4 October 2017

Hidup Baik-baik

Tek : Anys Idayu Zakaria

Walau apa pun keperitan simpanlah kedukaan sebagai pengajaran hari mendatang.

Jika keindahan yang hadir kenanglah selalu agar bahagia sentiasa menyinari.

Hidup baik-baik!

Tuesday 26 September 2017

Hari Sekolah Wajib Tidur Awal

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bila waktu malam hari-hari bersekolah, aku biasa amalkan peraturan dan pantang larang sendiri.

Nak bagi anak tidur awal, dan cukup tidur biasanya jam 9.30 aku dah paksa anak tidur. Paling cepat jam 9. Siap semua homework dan lain-lain.

Sampaikan semua orang dalam rumah tahu, bila hari bersekolah janganlah ajak aku meronda-ronda makan angin. Confirm aku tolak punya. Malas nak bagi mood anak spoil bila bangun pagi.

Tapi kalau dah terdesak, atau boring-boring aku langgar juga peraturan sendiri. Macam malam ni, aku janji dengan mereka kalau nak ikut pergi beli lauk di pasar borong esok pagi-pagi mesti bangun cepat.

Bersorak macam pemenang bolalah mereka. Seronok bagai. Nak pergi tengok ikan je pun.

Friday 22 September 2017

Burger Korean McD

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hari tu adalah kawan-kawan dalam group hantar gambar burger korean spicy yang buat limited promosi, buy 1 free 1. Menggila aku sekejap berangan nak makan. Gara-gara promosi dulu aku terlepas.

Ikut tarikh promosi tu memang ngam dengan tarikh aku dah habis kursus. Jadi petang semalam balik dari kursus, aku ajak kawan aku teman pergi McD nak makan burger korean tu punya pasal.

Sampai ke McD pertama, penat aku beratur mereka kata promosi tu dah habis. Mahu tak membebel aku. Hampeh kata je promosi tapi baru separuh hari dah habis.

Agaknya malas nak layan muka boyok aku, kawan aku bawa pergi McD area berhampiran Nusajaya. Sebab situ tak berapa ramai orang, jadi mungkin belum habis. Sambil tu sempat jugalah dia membebel pada aku tektik bisnes dan promosi nak bagi untung, dan nak bagi ramai orang datang ke McD katanya. Yang aku pun tertipu jugalah sibuk-sibuk nak pergi beli.

Masuk telinga kanan je lah aku dengar. Tak dan dah aku nak fikir tektik bisnes depa. Janji aku dapat makan burger korean tu. Hampir-hampir juga nasib tak baik bila sampai McD Bukit Indah rupanya tengah renovation. Muka aku dah frust. Mujurlah ada drive thru situ. Jadi kami singgah situ dan tanya.

Hahha nasib baik masih ada burgernya. Tak melepaslah aku. Akhirnya dapatlah juga aku makan burger korean tu. Hitam-hitam pun sodap juga. Rasanya agak sedikit pedas.

Bila dah dapat makan, dah balik rumah harini baru aku terfikir rupanya tu semua tektik mereka buat promosi. Apa daaa.

Apa pun terima kasih awak sudi belanja saya makan burger korean. Layan kerenah saya. Kalau tak confirm melepas lagilah rasanya. hehhe.

Saturday 16 September 2017

Bersyukur

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadangkala kita jarang nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila lihat orang dapat lebih, kita mula sakit hati dan ada perasaan dengki.

Walaupun kita nak sangat seperti yang orang lain ada, sebenarnya apa yang Tuhan beri pada kita, adalah yang terbaik dan yang patut kita dapat.

Bersyukur dan berterima kasih adalah yang terbaik. Pandang dengan mata hati, bukan dengan iri dan hasad.

Friday 8 September 2017

Balik Kelantan kita

Tek : Anys Idayu Zakaria

Lama tak mencoret di sini. Bukanlah kerana kesibukan masa sangat pun. Kadang hampir terlupa. Aduhai

Harini aku di Kelantan. Balik kampung Ma Abah. Ziarah nenek tak berapa sihat. Semalam kami bertolak balik dari Tiram bergerak jam 9 pagi. Lebih kurang pukul 8 sampai Tanah Merah. Berhenti makan. Jam 9 baru sampai rumah Tok Sedara. Rumah makcik Abah.

Memang lepak betul. Hampir 11 jam juga pemanduan. Berhenti makan, isi minyak dan solat. Ye lah aku bawa kereta pun tak laju mana. Tu yang lambat sampai. Apa pun alhamdulillah selamat sampai Kelantan.

Sampai Kelantan mulalah dengar loghat yang jarang aku dengar. Telo Kelate pekat sangat aku mula dok pehe. Hehhe.

Sampai sini memang banyak tempat nak dituju. Sana sini sinun semua nak singgah. Jarang balik, jadi bila balik Abah Ma mulalah nak singgah rumah sedara. Aku tukang bawa kereta je. Orang kata I follow.

Makan kt Kelantan pun memang sedap-sedap. Tak sempat nak lapar dah makan lagi. Jawapannya jangan haraplah boleh berdiet. Punoh le. Tak pe la balik Jb nanti kita diet semula.

Wednesday 23 August 2017

Jurukamera Viral juga

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bukan setakat berita pelari pecut negara je yang viral semalam jurukamera yang bertugas merakam detik indah kemenangan beliau pun jadi viral juga.

Fuhh, nampak powernya momen indah yang mesti dirakam untuk kenangankan. Tiba-tiba aku rasa eksaited pulak nak belajar ilmu fotografi ni.

Orang buat bisnes, ada pulak kemahiran ambil gambar produk cantik-cantik. Confirm orang tengok pun teruja beb.

Nak juga? Jom hadiri WorkShop Foto Gojes bulan depan. Peluang nak belajar mengetik gambar dengan lebih menarik dan buat orang lain teruja. Nanti aku  up poster

Lepas ni kalau tiba-tiba gambar produk dan gambar selfie aku cantik kau jangan muntah hijau pulak tengok. Kahkahkah.

Sedekah

Tek Anys Idayu Zakaria

Haritu aku ada tempah kuih dengan seorang Makcik di pejabat. Untuk jamuan makan-makan lepas majlis bacaan yasin.

Aku seboleh-boleh mahu tahu harga. Makcik tu pun berdalih-dalih mahu siapkan dulu kuihnya. Jadi akhirnya aku mengalah.

Keesokkan harinya bila aku sampai di pejabat, kuih yang ditempah sudah ada di atas meja. Seharian juga aku mencari Makcik itu untuk membuat bayaran.

Sibuk-sibuk dengan kerja, kebetulan dia juga tak lalu di situ, akhirnya keesokkan hari baru kami berjumpa. Sebaik aku bertanya harga dan mahu memberi duit bayaran kuih tersebut, makcik itu menolak.

Katanya tak usahlah bayar. Dia ikhlas. Bukan selalu pun. Jadi bila ada peluang macam nilah dia ambil, untuk bersedekah. Sambil buat lebih untuk makan-makan, dapat juga tambah pahala.

Kalau aku tempah untuk mesyuarat dia akan ambil upah. Tapi untuk bacaan yassin biarlah dia pun sama-sama boleh tanam saham di sana.

Allahu, terdiam aku. Aku belajar sesuatu pagi itu. Moga Tuhan sentiasa murahkan rezeki Makcik sekeluarga.

Sunday 13 August 2017

Follow Penulisan Yang Bermanfaat

Tek : Anys Idayu Zakaria

Aku ni memang pengguna tegar FB, tapi aku bukanlah pengikut setia pages yang sentiasa berkogsi kisah-kisah hot dan sensasi. Contohnya page KRT.

Bukan apa, masalah sendiri pun belum mampu diselesaikan. Ini pula nak sibuk baca dan komen masalah orang lain. Kalau setakat baca tak pe. Konon nak bagi peringatan diri sendiri. Tapi kalau dah baca, gatal juga tangan nak bagi komenkan. Tak usahlah mengada.

Daripada aku dok follow page KRT yang orang dok kata banyak negatif daripada positif lebih baik aku menulis di wall sendiri. Baca status rakan, dan penulis lain yang bermanfaat.

Aku lagi suka baca tulisan mereka yang sentiasa beri motivasi dan deep terus ke hati. Kadangkala perkongsian mereka memang banyak membantu merawat hati aku.

Biasanya aku suka follow perkongsian puan Suzanna Ghazali, Syafiq Ridhwan, Ustaz Abu Hurairah. Nak bagi happy dan giler-giler sikit aku follow penulisan Mutalib, Cikgu Fadhil, Geng puakabersekutu.

Kalau kau tak pakar, tak perlu acah-acah nak bantu selesai masalah orang. Dok maki hamun bagai tukang tambah sakit hati orang lain pulak. Akhirnya tukang komen bergaduh sesama sendiri. Baca page macam tu bukan masalah makin selesai, makin bertambah ye ada.

Tip Urus Hujung minggu

Tek : Anys Idayu Zakaria

Orang kata mereputlah nak menggosok baju banyak-banyak bila nak mula sekolah dan mula kerja untuk minggu barukan.

Aku bukan golongan have have nak pakai iron steam bagai tu. So tak nak bagi mood spoil masuk minggu baru, biasanya Jumaat petang, pagi atau petang Sabtu aku dah siap-siap gosok baju sekolah dan baju kerja untuk seminggu.

Kerja menggosok baju aku paling suka berbanding melipat baju. Haha, ok kau yang nak mula kerja esok dah siap menggosok ke. Jangan sengaja buat Monday Blues pulak gara-gara tak siap lagi keperluan esok.

Saturday 29 July 2017

Masih Mengharap

Tek : Anys Idayu Zakaria

Penat sebenarnya melayan kerenah orang yang masih mengharap ni. Cakap berpuluh kali pun tetap masih nak aku kembali.

Sekali hati aku tertutup untuk dia memang sampai bila-bila aku tak boleh terima lagi.

Itulah kata orang, masa ada tak hargai. Bila dah tak da nak pujuk rayu lagi memang tak guna dah pun.

Gara-gara layan dia mengamuk tadi, habis mati selera makan aku. Bukan main aku berangan nak layan MarryBrown sambil duduk layan perasaan hahahha. Akhirnya pisang goreng juga aku makan tengah hari tadi.

Hidup ni kita kena terima hakikat kehidupan. Belajar menerima takdir yang telah ditentukan. Bukan menyalahkan takdir yang tersurat. Belajar melepaskan dan memaafkan. Insya Allah pasti akan tenang. Bila tenang, pasti pintu hati akan terbuka untuk orang lain.

Tak guna pun nak tambah masalah. Hanya akan merumitkan keadaan je. Haraplah semoga Tuhan beri kesedaran pada dia. Penat dah rasa aku melayan kerenah dia. Tak angkat masalahnya telefon aku yang tak berhenti berdering. Tak kan aku nak campak telefon kot, gara-gara dia yang non stop duk call.

Monday 24 July 2017

Jangan Menyebar Aura Negatif

Tek : Anys Idayu Zakaria

Jika tak mampu menyayangi, jangan menyebar kebencian. Jika tak mampu memaafkan, jangan menambah kesakitan. Jika tak mampu berbuat baik, jangan dikeji kebaikan orang lain.

Hidup umpama kitaran, kita pasti melalui setiap  kebaikan, kesakitan, kebencian dan kemaafan.

Anys Idayu Zakaria
#cintaitubahagiadanairmata #kisahhidup

Saturday 22 July 2017

Hubungan Anak dan Bapa

Tek : Anys Idayu Zakaria

“Anak mana Along. Tak ikut sekali?”

“hujung minggu biasa nenek diorang ambil”.

“Bagus macam tu. Biarlah kita suami isteri dah berpisah, tapi jangan sekali-kali putuskan hubungan antara anak dan bapa mereka. Dan juga hubungan antara cucu dan nenek atuk”.

Aku mengangguk-angguk tanda paham. Bila mendengar nasihat Makcik itu, yang aku panggil Mak Long.

Dulu bila ikut emosi aku kadang memang jarang sekali bagi anak-anak berjumpa dengan keluarga sebelah sana. Sampaikan anak-anak pun memang tak nak ke sana.

Bila ada perasaan benci dan tak suka, emosi negatif ini seperti turut tersalur pada anak. Jadinya aku terpaksa membuang semua emosi negatif. Tak guna pun nak tambah masalah dan sengketa. Semat sahaja dalam hati. Redha dan terima ketentuan yang sedang dilalui. Dan cuba bersikap positif.

Anak-anak tetap berhak untuk dapat kasih sayang bapa mereka dan juga hubungan mesra antara cucu dan nenek mereka.

Orang lain mungkin lain cara. Mungkin akan ada yang tak setuju dengan pendapat aku, walaupun hakikatnya kita sendiri tahu hukum memutuskan silaturrahim. Lagi-lagi yang ada pertalian darah.

Nasihat dan kata motivasi yang aku baca dulu aku sentiasa semat di hati, “Walau seburuk dan sejahat mana pun bekas pasangan kita, jangan sekali-kali putuskan hubungan anak dan bapa. Kerana suatu masa nanti mereka juga saling memerlukan antara satu sama lain”.

Friday 14 July 2017

Kebahagiaan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Tuhan sudah tentukan perjalanan hidup kita sebaiknya. Kita yang melaluinya kena yakin dengan apa yang Tuhan akan berikan.

Kenapa masih mahu hidup dalam kesengsaraan jika kita ada pilihan untuk buat keputusan.

Jangan hanya kerana sayang dan takut ditinggalkan, kita sanggup biarkan diri dihina, dicaci dan di tangan oleh orang yang sepatutnya memberi kasih sayang kepada kita. Please move on.

Aku rasa geram je dengan orang-orang yang macam ni. Isteri untuk disayangi, bukan untuk dikasari dan dimaki hamun.